Ini Pesanan PADU Shahrizat Kepada Ketua Wanita UMNO Baru, Memang WIN!

Ini Pesanan PADU Shahrizat Kepada Ketua Wanita UMNO Baru, Memang WIN! - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Ini Pesanan PADU Shahrizat Kepada Ketua Wanita UMNO Baru, Memang WIN!, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Ini Pesanan PADU Shahrizat Kepada Ketua Wanita UMNO Baru, Memang WIN!
Link Artikel/Video : Ini Pesanan PADU Shahrizat Kepada Ketua Wanita UMNO Baru, Memang WIN!

Baca juga


Ini Pesanan PADU Shahrizat Kepada Ketua Wanita UMNO Baru, Memang WIN!


Bekas ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengucapkan tahniah kepada penggantinya Datuk Noraini Ahmad atas kemenangannya dalam pemilihan sayap parti itu.

Ditanya apakah perkara utama yang perlu dilakukan Noraini selepas memenangi jawatan itu, Shahrizat berkata "Berkhidmat, berkhidmat, berkhidmat kepada rakyat."

Noraini memenangi jawatan ketua wanita Umno apabila menewaskan dua lagi pencabarnya. Manakala Norliza Rahim pula dipilih sebagai naib ketua wanita yang baru.

Shahrizat yang tidak bertanding dalam pemilihan Umno, berkata Noraini layak memimpin sayap parti itu.

"Beliau mempunyai apa yang diperlukan untuk memimpin Wanita dalam masa-masa yang sangat mencabar serta mempunyai pengalaman dan kelayakan.

"Beliau berpijak di bumi nyata dan memahami perubahan yang mesti dilakukannya," kata Shahrizat.

Shahrizat berkata, beliau pernah merancang untuk meletakkan Noraini sebagai penggantinya dan memilihnya sebagai Penolong Setiausaha BN pada 2013.

Noraini merupakan anggota Parlimen Parit Sulong selama tiga penggal dan menjadi rakyat Malaysia pertama yang dipilih sebagai ketua jawatankuasa pemandu Parlimen Wanita Komanwel (CWP).

Beliau pernah berkhidmat sebagai wanita pertama yang mengetuai Matrade.

Sumber MK