Tajuk : Kalah kepada Asyraf, lihat respons PADU Azwanbro..Ini baru betul pemimpin!
Link Artikel/Video : Kalah kepada Asyraf, lihat respons PADU Azwanbro..Ini baru betul pemimpin!
Kalah kepada Asyraf, lihat respons PADU Azwanbro..Ini baru betul pemimpin!
Senator Khairul Azwan Harun yang bertanding bagi jawatan ketua Pemuda Umno, mengakui kekalahannya kepada bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.
"Pagi ini saya telah mengucapkan tahniah kepada sahabat lama dan rakan seperjuangan, Datuk Dr. Asyraf Wajdi atas kemenangan beliau sebagai Ketua Pemuda Umno Malaysia.
"Saya menawarkan diri untuk sentiasa membantu kepimpinan beliau dan Pemuda Umno memasuki era pemulihan dan pembaharuan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Khairul yang lebih dikenali sebagai Azwan Bro juga berharap Pemuda Umno dapat bersatu kembali, saling bermaafan dan mara bersama ke hadapan.
Beliau berkata Umno kini memiliki tanggungjawab untuk menjadi pembangkang yang berwibawa serta alternatif yang terbaik untuk rakyat.
Khairul juga berharap Aysraf akan melaksanakan pembaharuan seperti gariskan dalam manifesto beliau sebelum ini.
Antaranya, menetapkan had umur ketua pemuda Umno dan had umur keahlian Pemuda menjelang 2021 serta memperkenalkan sistem pendaftaran ahli yang lebih mudah dan pantas.
Tak akan letak jawatan senator
Dalam pada itu, Azwan berkata beliau akan meneruskan tugas sebagai senator di Dewan Negara sehingga tempohnya berakhir.
"Saya tidak akan meletakkan jawatan. Saya akan berusaha untuk menjadi contoh seorang ahli Dewan Negara yang adil dan menyokong ketika mana sesuatu rang undang-undang itu baik, dan menjadi kritikal ketika mana sesuatu rang undang-undang itu tidak memenangkan rakyat Malaysia.
"Tidak kira dari parti mana anda memihak, kini kita berjuang demi Malaysia yang lebih berjaya," katanya.
Khairul tewas kepada Asyraf untuk jawatan ketua Pemuda Umno dengan majoriti tipis selepas keputusan diumumkan parti itu di media sosial awal hari ini.
Asyraf dijangka mengadakan sidang akhbar berikutan kemenangannya hari ini.
Sumber MK