Tajuk : Respek! Ini Komen WIN Izzah Bila Tahu Beliau Tidak Tersenarai Dalam Kabinet
Link Artikel/Video : Respek! Ini Komen WIN Izzah Bila Tahu Beliau Tidak Tersenarai Dalam Kabinet
Respek! Ini Komen WIN Izzah Bila Tahu Beliau Tidak Tersenarai Dalam Kabinet
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar, 38, dalam temu bual khas membicarakan mengenai pelbagai persoalan termasuk isu pendidikan yang menjadi topik kegemarannya selain berkaitan nasib kanak-kanak. Ahli Parlimen Permatang Pauh ini juga bercakap mengenai PKR dan masa depan Pakatan Harapan.
Ikuti temubual wartawan KADIR DIKOH, ARFA YUNUS dan FAHMY AZRIL ROSLI bersama beliau.
Perasaan YB apabila mengetahui nama tidak tersenarai dalam Kabinet?
Seperti yang saya nyatakan dari mula lagi apabila bapa saya, Datuk Seri Anwar Ibrahim umumkan bahawa saya tidak akan tersenarai dalam Kabinet, ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan saya.
Jika ada gesaan memegang jawatan menteri?
Saya rasa memang isu ini tidak berbangkit dan saya juga tidak melayan lagi perbincangan ini. Saya rasa soalan ini yang ke-1000 tentang perkara yang sama ditanya. Jadi tumpuan saya untuk meneruskan agenda reformasi iaitu untuk mempertingkatkan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dalam kokurikulum negara. Kerjasama antaranya dengan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik untuk memastikan anak-anak Malaysia dilindungi sebaik mungkin menerusi pendedahan laporan Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) mengenai apa yang terjadi terhadap anak-anak miskin bandar awal tahun ini. Jadi, pada saya, semua ini berterusan tanpa jawatan menteri sekalipun kerana yang kita perlu ada iltizam politik untuk melakukan sesuatu. Lagipun, saya merasakan lebih baik berkhidmat di luar Kabinet.
Boleh YB komen mengenai hubungan Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan mula dingin?
Ini hanyalah teori konspirasi yang selama ini menjadi sebahagian besar hidup saya dan saya amat membenci dakwaan sebegitu. Ketika umur saya 18 tahun, saya bergelumang dengan banyak tuduhan dan dakwaan terhadap Anwar Ibrahim. Hujung pangkalnya, saya hanya jadi optimistik. Saya tidak fikir semua pertengkaran kecil atau persengketaan selanjutnya akan mempunyai kesan. Saya sangat sayangkan ayah saya dan beliau baru dibebaskan. Kita mesti ingat, Anwar Ibrahim pernah dipenjarakan sejak sekian lama, lebih 11 tahun hidupnya. Beliau memerlukan masa untuk menyerap keadaan persekitaran dan beliau juga menyokong penuh Perdana Menteri dan kerajaan sekarang. Saya juga merasakan Anwar Ibrahim akan menjadi seorang Perdana Menteri yang bagus. Saya suka bahawa beliau mengajar saya semua mengenai demokrasi dan kepelbagaian dalam kemajmukan. Saya suka beliau bercakap mengenai sistem yang mendiskriminasi ekonomi berasaskan kaum dan memindahkannya kepada keperluan. Beliau melakukan semua itu dan itulah nilai individu yang boleh membantu membina Malaysia yang lebih kaya. Namun begitu, hujungnya, kita terpaksa memilih siapa yang mereka mahu diangkat sebagai Perdana Menteri.
Bercakap mengenai gangguan seksual dalam kalangan wanita dan baru-baru ini YB sendiri pernah berhadapan situasi berkenaan. Bagaimana kita mahu menangani masalah ini?
Saya mengadakan pertemuan dengan sekumpulan peguam kerana kita perlu menghasilkan draf beberapa undang-undang menangani gangguan seksual di negara ini. Buat masa ini saya tidak fikir ia mencukupi.
Sumber HM