Pemandu Ditemui Mati: Pihak Grab Malaysia Akhirnya Tampil Bersuara...

Pemandu Ditemui Mati: Pihak Grab Malaysia Akhirnya Tampil Bersuara... - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Pemandu Ditemui Mati: Pihak Grab Malaysia Akhirnya Tampil Bersuara..., kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Media Sosial, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Pemandu Ditemui Mati: Pihak Grab Malaysia Akhirnya Tampil Bersuara...
Link Artikel/Video : Pemandu Ditemui Mati: Pihak Grab Malaysia Akhirnya Tampil Bersuara...

Baca juga


Pemandu Ditemui Mati: Pihak Grab Malaysia Akhirnya Tampil Bersuara...


PETALING JAYA: Grab Malaysia hari ini merakamkan ucapan takziah kepada keluarga pemandunya yang ditemui mati dalam keretanya malam tadi dan menyifatkan mangsa pemandu pemandu terbaik dan berdedikasi berdasarkan maklum balas penumpang.

Dalam kenyataan kepada FMT, ketua Grab Malaysia, Sean Goh berkata Aiman Nosri, 27 sangat dihargai oleh penumpang beliau.

“Beliau merupakan pemandu yang berdedikasi dan terbaik berdasarkan maklum balas penumpang, dan sangat dihargai oleh pelanggan beliau,” kata kenyataan itu.

Dalam pada itu Grab meminta jasa baik semua pihak supaya tidak mengongsi maklumat peribadi mangsa dalam ruang awam seperti media sosial atau berkongsi spekulasi dan khabar angin mengenai kejadian yang berlaku.

Kenyataan itu juga berkata Grab sedang bekerja rapat dengan pihak berkuasa kerana keselamatan pemandu adalah sama pentingnya dengan keselamatan penumpang, dan meminta sesiapa mempunyai maklumat tentang kejadian menghubungi pihak berkuasa secara langsung.

Dalam kejadian malam tadi Aiman ditemui mati dipercayai akibat dibunuh dengan kesan jerutan pada leher dalam kereta jenis Perodua Myvi miliknya di parkir Taman Selayang Makmur.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak Supt Tey Kong Seng berkata mangsa ditemui dalam keadaan tertungkup di tempat duduk belakang kereta kira-kira 8.20 malam.

“Mangsa ditemui tertungkup di mana kepalanya di bawah mengenai lantai kereta dan kaki ke atas.

“Pemeriksaan polis turut mendapati terdapat kesan melecet pada leher mangsa namun tiada sebarang senjata dijumpai di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Berdasarkan rekod, mangsa dikatakan kali terakhir membawa penumpang dari Jalan Tun Tan Cheng Lock menuju ke Selayang Baru pada pukul 9.34 malam Khamis lepas.

Sumber FMT