Tajuk : Masuk hospital, keluarga Anwar akhirnya tampil dedah keadaan terkini beliau!
Link Artikel/Video : Masuk hospital, keluarga Anwar akhirnya tampil dedah keadaan terkini beliau!
Masuk hospital, keluarga Anwar akhirnya tampil dedah keadaan terkini beliau!
Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim dinasihati pihak hospital supaya tidak menerima kunjungan pelawat yang mahu menziarahi ketua umum PKR itu ketika sedang menjalani rawatan.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, pihak keluarga berkata Anwar mengalami kecederaan tulang belakang dan doktor kini sedang memantau keadaannya.
"Pihak keluarga rasa bersyukur atas doa, sokongan dan keperihatinan oleh semua pihak terhadap keadaan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Pihak keluarga dinasihati dan diminta untuk tidak menerima kunjungan pelawat pada saat ini.
"Hal ini kerana beliau sedang menjalani rawatan penting dan masih dalam tempoh pemerhatian," kata kenyataan itu.
Kenyataan itu turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memahami permintaan tersebut.
Anwar yang dijangka menggantikan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam masa dua tahun, dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dari rumahnya di Bukit Segambut dengan ambulans semalam.
Beliau dilaporkan mengadu sakit di belakang dan bahu setelah kembali dari Turki, namun dikatakan berada dalam keadaan stabil.
Sumber MK