Mengecewakan! Tengok Respons Umno Perlis Bila Ismail Kassim Keluar Umno

Mengecewakan! Tengok Respons Umno Perlis Bila Ismail Kassim Keluar Umno - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Mengecewakan! Tengok Respons Umno Perlis Bila Ismail Kassim Keluar Umno, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Mengecewakan! Tengok Respons Umno Perlis Bila Ismail Kassim Keluar Umno
Link Artikel/Video : Mengecewakan! Tengok Respons Umno Perlis Bila Ismail Kassim Keluar Umno

Baca juga


Mengecewakan! Tengok Respons Umno Perlis Bila Ismail Kassim Keluar Umno


KANGAR - Tindakan nekad Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambun Tulang, Datuk Ismail Kassim yang keluar UMNO amat mengecewakan kepimpinan parti peringkat negeri itu.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, Ismail sepatutnya memaklumkan kepada pucuk kepimpinan parti sebelum mengambil keputusan drastik tersebut.

"Kami hanya mengetahui perkara itu hanya melalui laporan media dan tindakan itu amat mengecewakan.

"Sebagai ahli UMNO, kita telah menyokong beliau (Ismail) selama ini. Mungkin dia ada alasan tersendiri dan kita hormati keputusannya.

"Namun, saya berharap pemimpin UMNO lain tidak mengikuti jejak langkah Ismail keluar parti kerana isu kritikal yang perlu diberi perhatian ialah kembali fokus mengukuhkan parti," katanya ketika dihubungi hari ini.

Kosmo! melaporkan hari ini,  Ismail mengumumkan keluar UMNO selepas mendakwa telah hilang keyakinan terhadap pucuk kepimpinan parti itu.

Katanya, keputusan itu berdasarkan beberapa faktor dan antaranya ialah beliau sudah hilang keyakinan kepada pucuk kepimpinan parti.

Beliau merupakan adik bongsu kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Ismail merupakan satu-satunya ADUN BN yang tidak terpilih sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perlis.

Sembilan ADUN BN lain termasuk Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man terpilih.

BN memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu apabila memenangi 10 daripada 15 Dewan Undangan Negeri (DUN) membolehkan parti itu membentuk kerajaan negeri.

Sumber- K! ONLINE