Tajuk : MCA Akhirnya Bersuara! Mahu Tun M, Anwar Juga Disiasat
Link Artikel/Video : MCA Akhirnya Bersuara! Mahu Tun M, Anwar Juga Disiasat
MCA Akhirnya Bersuara! Mahu Tun M, Anwar Juga Disiasat
SHAH ALAM - Menteri Kewangan, Lim Guan Eng digesa bersikap adil mendedahkan skandal penyelewengan pimpinan kerajaan terdahulu dan bukan hanya di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sahaja.
Jurucakap Publisiti MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker berkata, Guan Eng pendedahan yang sama perlu dibuat terhadap kepimpinan yang menerajui kerajaan di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri ke- 4.
“Dalam melaksanakan tugasnya tanpa menyebelahi mana-mana pihak, kami mendesak supaya Guan Eng meletakkan profesionalnya di tahap tertinggi. Guan Eng perlu mendedahkan salah laku, terkini dan masa lalu. Ini termasuklah bekas perdana menteri dan menteri kewangan.
“Maksudnya mendedahkan salah laku, salah guna kuasa, rasuah dikaitkan dengan Dr Mahathir , Tun Daim Zainuddin dan Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya melalui kenyataan media, hari ini.
Katanya, pada pemerintahan dahulu (era Dr Mahathir) juga terdapat tuduhan melibatkan jumlah wang yang besar.
“Tunjukkan keberanian anda dan kes seperti itu perlu didedahkan dan disiasat semula. Jika pemimpin pada hari ini tidak mahu menyembunyikan apa-apa, ia tidak akan menjadi isu besar.
“Seseorang pada masa lalu ‘menghalalkan’ rasuah dan sehingga kini orang itu sudah menjadi raksasa,” katanya.
Dalam perkembangan sama, Guan Eng dan Menteri Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali perlu membersihkan nama mereka selepas terpalit beberapa isu besar di Selangor dan Pulau Pinang.
Katanya, ini juga merupakan harapan rakyat selepas kerajaan Pakatan Harapan berjanji untuk mendedahkan segala penyelewengan.
“Kami desak mereka supaya membersihkan nama mereka dalam skandal Syarikat Pengeluaran Air Sungai Selangor (Splash), tanah di Ijok, projek terowong dasar laut Pulau Pinang dan pelbagai lagi yang melibatkan wang yang besar,” katanya.
Sumber SH