Tajuk : Rupanya Ini Sebab Kerajaan PH Mahu Teruskan Projek TRX Najib Razak!
Link Artikel/Video : Rupanya Ini Sebab Kerajaan PH Mahu Teruskan Projek TRX Najib Razak!
Rupanya Ini Sebab Kerajaan PH Mahu Teruskan Projek TRX Najib Razak!
PUTRAJAYA: Kabinet memutuskan untuk meneruskan projek Bangunan Tun Razak Exchange (TRX) walaupun lebih RM3 bilion dana kerajaan untuk TRX City Sdn Bhd (TRXC) diselewengkan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata kerajaan bersetuju menyiapkan projek TRX dengan memperuntukkan dana tidak lebih RM2.8 bilion kepada TRXC.
Katanya, keputusan itu akan menangani kebimbangan pelabur tempatan dan antarabangsa yang sedia ada di TRX yang sudah melabur berbilion ringgit.
"Kabinet membuat keputusan meneruskan projek TRX demi menjana kembali dana yang diselewengkan serta membayar balik semua pinjaman lama dengan mengambil kira kos peluang dan pelaburan yang telah dibuat.
"Kabinet berpendapat bahawa penerusan projek ini akan menghasilkan keuntungan kecil kepada kerajaan Persekutuan," katanya pada sidang media di sini hari ini.
TRXC adalah syarikat milik penuh Kementerian Kewangan. Sebelum ini dikenali sebagai 1MDB Real Estate Sdn Bhd iaitu anak syarikat milik penuh 1MDB.
TRXC adalah pemilik dan pemaju induk dua projek hartanah yang sebelum ini diletakkan di bawah kawalan 1MDB iaitu TRX dan Bandar Malaysia.
Sumber BH