Tajuk : Bermain-main masa tafakur, budak 9 tahun mati dibelasah sami
Link Artikel/Video : Bermain-main masa tafakur, budak 9 tahun mati dibelasah sami
Bermain-main masa tafakur, budak 9 tahun mati dibelasah sami
Dalam kejadian itu, mangsa dibelasah Suphachai Suthiyano, 64, menggunakan batang buluh pada belakangnya sebelum kepalanya dihempas pada tiang batu di kuil di Kanchanaburi itu.
Kanak-kanak itu koma sebelum meninggal dunia kelmarin, kata kakitangan hospital tempatan yang enggan dikenali kepada AFP semalam.
Kejadian itu berlaku dalam pada Thailand bergelut pelbagai skandal membabitkan golongan sami termasuk peras ugut, seks dan salah guna dadah.
Suspek yang dipecat selepas ditahan Ahad lalu, sudah didakwa di mahkamah.
Ibu mangsa, Sukunya Tunhim memberitahu media Thai dalam perbualan telefon dia tidak akan memaafkan tertuduh. - AFP (Gambar hiasan)
Sumber BH