Tajuk : Terkejut bila Raja Ilya dedah bakal suami beliau! Memang tak sangka...
Link Artikel/Video : Terkejut bila Raja Ilya dedah bakal suami beliau! Memang tak sangka...
Terkejut bila Raja Ilya dedah bakal suami beliau! Memang tak sangka...
KUALA LUMPUR: Pelakon, Raja Ilya, 33, mengesahkan bakal mendirikan rumah tangga dengan lelaki Australia pada November tahun depan.
Katanya, perkenalan dengan bakal suami sejak 2012 itu dimeterai dengan lamaran romantis berserta puisi nukilan kekasihnya ketika lelaki berkenaan berkunjung ke ibu negara, kira-kira tiga bulan lalu.
“Saya terkejut apabila pada pertemuan itu dia membacakan sajak ditulis khas untuk saya. Bayangkan, tanpa memberi sebarang petanda, si dia meluahkan perasaan hati mahu menjadikan saya sebagai isterinya.
“Sudah tentu saya terus memberikan persetujuan kerana dapat berasakan keikhlasannya sepanjang persahabatan kami, selain keperibadiannya yang menawan hati.
“Masing-masing pun sudah cukup matang, malah dia sendiri sudah 15 tahun bersendirian tanpa kekasih sehinggalah bertemu saya,” katanya yang mengenali lelaki terbabit ketika bertugas sebagai pramugari.
Akui pemilik nama sebenar Raja Ramilah Begum Raja Mohammad itu, bakal suaminya adalah ahli perniagaan berusia 37 tahun yang menetap di Melbourne.
Kongsi pelakon Soulmate Hingga Jannah itu lagi, selain melangsungkan pernikahan di sini, sebuah lagi majlis resepsi dirancang diadakan sama ada di Melbourne atau Perth.
“Setakat ini, hasil perbincangan bersama kedua-dua keluarga, kami merancang mengadakan majlis di ibu kota dan di Australia.
“Sebenarnya, ibunya sudah berjumpa keluarga saya, beberapa bulan lalu, malah emak saya juga sangat menyenangi budi bahasa kekasih saya itu sejak mereka diperkenalkan buat kali pertama,” katanya.
Sumber BH