Azab lima jam kerana seluk tangki diesel

Azab lima jam kerana seluk tangki diesel - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Azab lima jam kerana seluk tangki diesel, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Azab lima jam kerana seluk tangki diesel
Link Artikel/Video : Azab lima jam kerana seluk tangki diesel

Baca juga


Azab lima jam kerana seluk tangki diesel

MANJUNG: Seorang lelaki menanggung azab hampir lima jam selepas tangan kanannya tersekat dalam tangki diesel sebuah lori di sebuah kilang simen di Ayer Tawar, di sini sebelum berjaya dikeluarkan.

Tangan lelaki berusia 50-an itu hanya dapat dikeluarkan jam 10 malam tadi dengan bantuan bomba dan pihak hospital.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Tawar berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian jam 5.31 petang semalam.

“Bomba menerima maklumat berhubung terdapat seorang lelaki yang tangannya tersangkut pada lubang pengisian diesel sebuah lori dan sebaik tiba dilokasi mendapati tangan mangsa masih tidak dapat dikeluarkan.

“Mangsa dikatakan cuba mengambil barang yang terjatuh dalam tangki berkenaan, namun tangannya tersangkut hingga ke pangkal lengan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, bomba memotong bahagian lubang pengisian diesel itu dan cuba menanggalkannya namun gagal.

“Mangsa kemudian dibawa ke klinik berhampiran untuk dibius dan cubaan untuk menanggalkan besi lubang pengisian diesel itu masih gagal.

“Lelaki terbabit terpaksa dirujuk ke Hospital Seri Manjung dan akhirnya tangan mangsa berjaya dikeluarkan dengan menggunakan pemotong hidrolik,” katanya.

Tangan mangsa turut mengalami kecederaan akibat tersangkut dalam tangki berkenaan tetapi kecederaannya tidak serius.

Sumber BH