Tajuk : 160 Tahanan SOSMA Mogok Lapar. Ini Tuntutan Mereka!
Link Artikel/Video : 160 Tahanan SOSMA Mogok Lapar. Ini Tuntutan Mereka!
160 Tahanan SOSMA Mogok Lapar. Ini Tuntutan Mereka!
SUNGAI BULOH: Kira-kira 160 tahanan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) mengadakan mogok lapar sejak jam 8 pagi semalam di Penjara Sungai Buloh bagi mendesak kerajaan menghapuskan akta berkenaan.
Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) Datuk Mohd Rizuan Abdullah berkata, jumlah itu adalah daripada 215 tahanan SOSMA yang ditahan di Penjara Sungai Buloh.
“Tindakan itu akan dilakukan secara berterusan sebagai menggesa kerajaan dan peguam negara melihat semula berkenaan akta berkenaan.
“Seramai lebih seribu tahanan SOSMA di seluruh negara dan ada yang mendakwa tidak menerima layanan secara adil malah ada yang meninggal dunia ketika ditahan,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan himpunan bersama ahli keluarga di hadapan Penjara Sungai Buloh di sini, hari ini.
Kira-kira 200 ahli keluarga tahanan SOSMA berkumpul di hadapan penjara berkenaan sejak jam 10 pagi bagi menggesa kerajaan menghapuskan akta berkenaan.
Mereka juga berkumpul bagi mengatakan tidak puas hati terhadap layanan yang diterima tahanan berkenaan.
Sementara itu, seorang wakil ahli keluarga yang enggan dikenali berkata, semua tahanan yang mengadakan mogok lapar itu sanggup menggadaikan nyawa selagi kerajaan belum memutuskan keputusan.
Dalam pada itu, peguam yang mewakili 19 tahanan SOSMA, T Harpal Singh berkata, pihaknya memohon proses representasi kepada peguam negara terhadap tuduhan anak guamnya.
“Peguam negara mempunyai hak untuk menangguhkan sementara kerajaan membuat kata putus berhubung perkara berkenaan,” katanya.
Sumber BH