Ular sawa gergasi tumpas! Terkejut bila tahu beratnya...

Ular sawa gergasi tumpas! Terkejut bila tahu beratnya... - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Ular sawa gergasi tumpas! Terkejut bila tahu beratnya..., kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Ular sawa gergasi tumpas! Terkejut bila tahu beratnya...
Link Artikel/Video : Ular sawa gergasi tumpas! Terkejut bila tahu beratnya...

Baca juga


Ular sawa gergasi tumpas! Terkejut bila tahu beratnya...

TELUK INTAN - Pasukan Bomba dan Penyelamat Teluk Intan berjaya menangkap seekor ular sawa jenis batik seberat 120 kilogram di bawah sebatang pokok kelapa sawit di Kampung Tapak Semenang dekat Tanjung Sari di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan, Zulkafle Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada dua orang pekebun sawit yang menjumpai reptilia itu pada pukul 10.38 pagi.

Katanya, dua lelaki itu menemui ular sepanjang tujuh meter itu ketika mereka sedang mengait buah kelapa sawit.

"Sewaktu tiba di lokasi, kami mengambil masa kira-kira 30 minit untuk menangkap haiwan itu menggunakan alat penangkap khas.

"Ular sawa tersebut kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut," katanya.

Menurut Zulkafle, beliau bersama enam anggota dengan dibantu penduduk kampung berjaya menangkap ular sawa itu dalam tempoh yang singkat.

Katanya, reptilia berkenaan merupakan ular sawa terpanjang yang pernah ditangkap di kawasan itu sejak 20 tahun lalu.

Sumber - K! ONLINE