Tapi tanahnya tak ada, tanahnya mana?: Aishah

Tapi tanahnya tak ada, tanahnya mana?: Aishah - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Tapi tanahnya tak ada, tanahnya mana?: Aishah, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Hiburan, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Tapi tanahnya tak ada, tanahnya mana?: Aishah
Link Artikel/Video : Tapi tanahnya tak ada, tanahnya mana?: Aishah

Baca juga


Tapi tanahnya tak ada, tanahnya mana?: Aishah

PENYANYI Aishah meluahkan perasaan kesukaran menjadi anak seni.

Menerusi akaun Instagram miliknya, penyanyi yang popular dengan lagu Janji Manismu ini berkata, perjalanan hidup berbagai dugaan, apatah lagi menjadi anak seni bukan semudah dan penuh glamor seperti yang orang sangkakan.

"Yang berkilauan tak semestinya berlian, yang dijanjikan dan digebang-gebangkan seantaro dunia adakalanya hanya janji manismu saja (ketawa).

"Ada kala nak dapatkan hak yang dah dimenangi pun punyalah banyak helah.Yang dah diberi tengok-tengok cuma berkilauan tapi tak ada harga pun.

"Kalau buat rumah banglo dalam lapan bulan dah siapkan?Kalau banglo kecik-kecik rasanya dah lama siap!!

"Tapi tanahnya tak ada, tanahnya mana? Kesabaran dah mula menipis," tulisnya.

Malah Aishah juga sempat menitipkan pesanan buat mereka yang ingin menjadi anak seni.

"Yang bercita-cita nak jadi anak seni fikirlah banyak kali dulu. Tidak semudah yang difikirkan," ujarnya.

Dipercayai luahan yang dibuat Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin ini berkaitan dengan hadiah kemenangannya pada program Gegar Vaganza musim keempat yang lalu.

Bahkan status tersebut turut mendapat perhatian pemenang tempat ketiga yang meninggalkan komen : "Apalah nasib kita kan kak long?"

Pada program tersebut, Aishah yang memenangi tempat pertama membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000, sebidang tanah lot banglo, pakej percutian ke Eropah Timur, barangan kemas, baucar beli-belah bernilai RM6,000 berserta piala.

Sumber SH