Cium mulut budak 9 tahun, lihat hukuman dikenakan kepada lelaki ini!

Cium mulut budak 9 tahun, lihat hukuman dikenakan kepada lelaki ini! - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Cium mulut budak 9 tahun, lihat hukuman dikenakan kepada lelaki ini!, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Cium mulut budak 9 tahun, lihat hukuman dikenakan kepada lelaki ini!
Link Artikel/Video : Cium mulut budak 9 tahun, lihat hukuman dikenakan kepada lelaki ini!

Baca juga


Cium mulut budak 9 tahun, lihat hukuman dikenakan kepada lelaki ini!

Tertuduh keluar dari Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak selepas dijatuhkan hukuman penjara lapan bulan selepas mengaku bersalah melakukan amang seks ke atas seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun.

PUTRAJAYA - Tindakan luar batas seorang pemuda warga Indonesia mencium dahi dan mulut seorang kanak-kanak perempuan berbalas apabila dia dihukum penjara lapan bulan oleh Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak di sini tadi.

Zulham Syahputra, 26, diajtuhkan hukuman itu selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan melakukan perbuatan tersebut ke atas kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun tersebut pada 19 Jun lalu.

Hakim, Yong Zarida Sazali memerintahkan, tertuduh yang juga merupakan pekerja sebuah kedai makan menjalani hukuman penjara tersebut bermula tarikh dia ditangkap pada 20 Jun lalu.

Mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, kesalahan itu membawa hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan sebatan.

Menurut fakta kes, pada hari kejadian kira-kira pukul 7.27 petang, tertuduh telah mencium dahi dan mulut mangsa bagi tujuan seksual di dalam tandas restoran tempat kerjanya dekat Shah Alam, Selangor.

Sumber - K! ONLINE