Tajuk : Fara Fauzana, Anuar Zain dapat ‘restu’ Aafiyah
Link Artikel/Video : Fara Fauzana, Anuar Zain dapat ‘restu’ Aafiyah
Fara Fauzana, Anuar Zain dapat ‘restu’ Aafiyah
PENGACARA popular, Fara Fauzana memuat naik video rakaman antara dia dan anak Datuk Seri Siti Nurhaliza, iaitu Siti Aafiyah, petang tadi.
Dalam rakaman menarik itu, Fara yang lebih dikenali dengan nama Fafau, mengajukan soalan kepada Aafiyah sekiranya Fafau sepadan jika disatukan dengan penyanyi tersohor, Anuar Zain.
“Aafiyah rasa, auntie Fara dengan uncle Anuar Zain sesuai, sedondon dan secocok tak?
“Kalau auntie Fara dengan Anuar Zain sesuai, goyang kepala,” tanya Fara kepada Aafiyah.
Pada rakaman itu, selepas cubaan pertama gagal mendapatkan jawapan yang diinginkan, akhirnya kali kedua Aafiyah kebetulan menggoyangkan kepalanya sedikit sebagai tanda setuju.
“Alhamdulillah… Aafiyah merestui, budak-budak jujur,” luah Fara.
Hasil perkongsian itu juga telah mengundang beberapa komen ucapan tahniah dan berbunga daripada pengikut Fara di Instagram.
Apatah lagi peminat Anuar Zain turut sepakat menyetujui jika mereka disatukan.
Tidak kurang juga ramai yang memberikan komen emoji ketawa kerana melihat telatah anak Tok Ti yang comel itu.
Sementara itu, Fafau turut memberitahu dia akan menampilkan Tok Ti dalam segmen khasnya menerusi FB LIVE DBilique, Artis Masuk Bilik, pada jam 8 malam nanti.
Sumber SH