Hampir 700 permohonan PPR Kota Bharu dibatalkan, ini sebabnya!

Hampir 700 permohonan PPR Kota Bharu dibatalkan, ini sebabnya! - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Hampir 700 permohonan PPR Kota Bharu dibatalkan, ini sebabnya!, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Hampir 700 permohonan PPR Kota Bharu dibatalkan, ini sebabnya!
Link Artikel/Video : Hampir 700 permohonan PPR Kota Bharu dibatalkan, ini sebabnya!

Baca juga


Hampir 700 permohonan PPR Kota Bharu dibatalkan, ini sebabnya!

KOTA BHARU - Hampir 700 daripada 1,000 permohonan untuk menduduki Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Bharu dibatalkan kerana pemilihannya tidak dilakukan dengan telus.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin berkata justeru, kementeriannya membuka permohonan baharu hingga 13 Sept depan bagi penempatan di PPR terbabit.

"Setakat ini, hanya 325 pemohon yang layak menduduki kerana penempatan semula kawasan setinggan manakala baki selebihnya kita terpaksa gugurkan dan membuka kembali permohonan.

"Ini kerana permohonan sebelum ini dilakukan dengan cara yang tidak telus dan saya harapkan kumpulan pertama akan menduduk PPR terbabit pada 1 Oktober ini," katanya yang ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan di sini, hari ini.

Beliau berkata kementeriannya akan membatalkan mana-mana permohonan yang dikesan tidak mengikut prosedur ditetapkan di seluruh negara.

"Kita nak berlaku adil kepada rakyat yang benar-benar memerlukan rumah. Tapisan selepas ini lebih telus dan rumah akan diberikan kepada mereka yang layak," katanya.

Sementara itu, beliau menyeru agar anggota parti pelbagai peringkat untuk mengamalkan politik matang terutama sepanjang pemilihan berlangsung.

"Jadi kalau ada apa-apa yang membawa kepada perpecahan (sepanjang tempoh berkempen) saya harap anggota parti boleh bersikap matang seperti yang saya cuba terapkan dalam parti," katanya. - Bernama

Sumber Kosmo