Merajuk Ditegur, Budak 11 Tahun Tinggal Nota Sebelum Hilang

Merajuk Ditegur, Budak 11 Tahun Tinggal Nota Sebelum Hilang - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Merajuk Ditegur, Budak 11 Tahun Tinggal Nota Sebelum Hilang, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Merajuk Ditegur, Budak 11 Tahun Tinggal Nota Sebelum Hilang
Link Artikel/Video : Merajuk Ditegur, Budak 11 Tahun Tinggal Nota Sebelum Hilang

Baca juga


Merajuk Ditegur, Budak 11 Tahun Tinggal Nota Sebelum Hilang

KANAK-KANAK perempuan berusia 11 tahun hilang sejak semalam selepas keluar dari rumahnya pada 3.30 petang.

Nur Syahindah Awfiyah Shafawi, anak kedua daripada lima beradik disedari tidak pulang ke rumah pada 6.30 petang oleh ibunya, Norita Rahmat.

Norita berkata, kehilangan anaknya itu dipercayai berpunca daripada teguran yang diberikannya sebelum itu, malah, sekeping nota turut ditinggalkan Nur Syahindah di atas meja di ruang tamu rumah.

"Sebelum dia keluar, saya ada menegurnya. Mungkin dia merajuk dan berkecil hati dengan teguran itu, lalu dia keluar dari rumah.

"Dia juga sempat meninggalkan nota dan di dalam nota itu dia meminta maaf kerana tidak dapat menjadi anak yang baik selain berpesan kepada abangnya untuk menjaga adik yang lain.

"Abangnya perasan dia keluar sambil membawa beg kecil, memakai seluar warna hitam, baju lengan panjang biru gelap dan memakai tudung hitam," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Norita berkata, kali terakhir anaknya dilihat adalah ketika dia menaiki bas menghala ke Kajang Metro Point.

"Saya merayu jika ada yang ternampak anak saya tolong maklumkan kepada saya atau suami saya. Anak saya itu tidak pernah keluar rumah secara bersendirian.

"Sesiapa yang ada maklumat boleh menghubungi saya di nombor 017-6333808 atau 016-3399790," katanya.

Sumber HM