Tajuk : Kau yang langgar, kau yang serang?
Link Artikel/Video : Kau yang langgar, kau yang serang?
Kau yang langgar, kau yang serang?
Difahamkan, tindakan tersebut tercetus akibat tidak berpuas hati dengan satu kemalangan kecil melibatkan dua kenderaan di lokasi berhampiran.
Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, kejadian kira-kira pukul 1.15 pagi dipercayai berpunca daripada kemalangan membabitkan kereta Volkswagen dan kenderaan pacuan empat roda Range Rover.
"Berdasarkan siasatan awal, kekecohan tercetus selepas Volkswagen dipandu seorang lelaki berusia 31 tahun dipercayai dilanggar Range Rover dari arah bertentangan yang hilang kawalan.
"Akibat tidak berpuas hati, beberapa lelaki yang menaiki Range Rover keluar dari kenderaan itu dan menyerang pemandu Volkswagen," katanya hari ini.
Sulizmie Affendy berkata, pertelingkahan itu kemudian turut disertai beberapa lelaki yang tiba menaiki kereta jenis Mercedes Benz dengan menyerang pemandu Volkswagen menggunakan kayu serta besi.
Bagaimanapun, menurutnya, pemandu Volkswagen itu tidak cedera. Dia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban pada pukul 9.17 malam kelmarin dan mendakwa mengalami kerugian RM10,000 akibat kerosakan pada kenderaannya.
"Polis juga menerima laporan daripada pemilik sebuah restoran berusia 47 tahun kelmarin yang mendakwa mengalami kerugian RM1,500 akibat pelbagai barangan di premisnya dirosakkan kumpulan lelaki yang merusuh terbabit," ujarnya.
Beliau menambah, polis sedang mengenal pasti identiti semua suspek dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 147 dan 427 Kanun Keseksaan.
Klip video berdurasi 34 saat memaparkan rusuhan itu tular di media sosial sejak semalam. Ia menunjukkan beberapa lelaki menendang kerusi dan meja serta melempar peralatan di premis berkenaan.
Sumber - K! ONLINE