Sultan Johor murka berita palsu

Sultan Johor murka berita palsu - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Sultan Johor murka berita palsu, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Sultan Johor murka berita palsu
Link Artikel/Video : Sultan Johor murka berita palsu

Baca juga


Sultan Johor murka berita palsu

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Iskandar murka dengan tindakan segelintir pihak yang sengaja menyebar berita palsu mengaitkan baginda di dalam media sosial.

Menerusi laman Facebook (FB) rasmi, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, baginda bertitah semua kenyataan atau laporan berita berkaitan baginda atau keluarga diraja Johor hanya dikeluarkan Royal Press Office (RPO) iaitu Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor.

Sultan Ibrahim turut menitahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang sengaja menyebarkan berita palsu atau memburukkan nama baginda serta keluarga diraja Johor di laman sosial.

Baginda bertitah demikian dalam FB baginda, semalam merujuk berita bertajuk ‘Sultan Johor Mahu Semua Orang Jauhi PPBM.’

Berita palsu itu tular di dalam laman sosial hingga mengundang kemurkaan baginda dan titah itu mendapat pelbagai reaksi pengguna media sosial.

Sumber HM