KJ minta heret semua ‘perompak’ RM18 bilion ke pengadilan

KJ minta heret semua ‘perompak’ RM18 bilion ke pengadilan - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk KJ minta heret semua ‘perompak’ RM18 bilion ke pengadilan, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : KJ minta heret semua ‘perompak’ RM18 bilion ke pengadilan
Link Artikel/Video : KJ minta heret semua ‘perompak’ RM18 bilion ke pengadilan

Baca juga


KJ minta heret semua ‘perompak’ RM18 bilion ke pengadilan

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mendesak pembuat keputusan dalam penyelewengan pemberian balik kutipan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebanyak RM18 bilion diheret ke muka pengadilan.

Katanya, sekiranya benar wujud penyelewengan seperti didakwa, siasatan dalaman yang dijalankan oleh Kementerian Kewangan tidak mencukupi  kerana ‘rompakan’ itu satu jenayah.

“Kalau betul berlaku penyelewengan,tak dipulangkan duit peniaga dalam bentuk ‘input tax credit’ ini, maka siapa buat keputusan mesti dibawa ke muka pengadilan.

“Perkataan rompakan itu merupakan satu tuduhan besar sebab itu kami (ahli Parlimen BN) buat keputusan siasatan dalaman Kementerian Kewangan sahaja tidak mencukupi sebab rompakan itu satu jenayah,” katanya ketika sidang media di lobi Parlimen.

Khairy memaklumkan untuk mencari kepastian, beliau yang mewakili pemimpin kerajaan terdahulu telah membuat laporan polis untuk menyiasat  kesahihan dakwaan ‘rompakan’ berkenaan dan akan memajukan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) esok.

“Saya telah buat laporan polis untuk siasat tuduhan tersebut agar mendapat kepastian sama ada tuduhan itu betul atau tidak, saya juga akan bawa dakwaan ini di SPRM kerana rompakan juga ada unsur rasuah.Harap siasatan tak akan diganggu oleh kerajaan.

“Siasatan dalaman Kementerian Kewangan tak apa, kita setuju. Kalau dah buat tuduhan berat seperti rompakan, saya rasa siasatan dalaman tak cukup...kami di pihak BN termasuk anggota pentadbiran yang lepas nak bersihkan nama dan imej daripada tohmahan yang berat ini,” jelasnya.

Tegasnya, laporan dibuat bagi mendapat perhatian dan tindakan lanjut polis termasuk menyiasat semua individu termasuk bekas Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak, pegawai tertinggi Kementerian Kewangan termasuk agensinya.

Dalam pada itu, Khairy juga mendakwa Guan Eng tidak dapat menjawab dengan terperinci dua soalan yang dikemukakannya ketika sesi perbahasan Dewan Rakyat.

“Bila beliau (Guan Eng) sendiri tidak boleh bagi jawapan terperinci, breakdown, daripada tuntutan tersebut. Maka nampak bahawa ini tuduhan serius tapi dibuat tanpa butiran tepat.

“Kalau perkara ini tak berlaku dan kalau ada jawapan munasabah yang boleh diterima, maka kebenaran mesti diberitahu kepada rakyat. BN tak boleh terima bahawa kami telah rompak RM18 bilion daripada pembayar cukai,” katanya.

Khairy juga akan membuat  laporan SPRM berhubung rompakan RM18 bilion ini.

Sumber SH