Mahadzir Lokman meninggal dunia

Mahadzir Lokman meninggal dunia - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Mahadzir Lokman meninggal dunia, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Mahadzir Lokman meninggal dunia
Link Artikel/Video : Mahadzir Lokman meninggal dunia

Baca juga


Mahadzir Lokman meninggal dunia

Personaliti TV Datuk Datuk Mahadzir Lokman menghembus nafas terakhir di sebuah hotel di Kota Kinabalu, Sabah, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Habibi Majinji berkata pihaknya menerima laporan kira-kira jam 11 pagi.

Habibi ketika dihubungi Bernama berkata mangsa mendaftar masuk ke hotel berkenaan pada 31 Julai lalu atas urusan kerja sebelum disahkan meninggal dunia oleh pakar perubatan Hospital Queen Elizabeth 1 (HQE1), pagi tadi.

"Tidak terdapat unsur-unsur jenayah dan mangsa berkemungkinan mati disebabkan sakit yang dialaminya sebelum ini.

"Bagaimanapun, siasatan lanjut akan dijalankan," katanya.

Bernama juga melaporkan kira-kira jam 1.55 tengah hari, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bersama isteri Datin Seri Shuryani Shuaib tiba di perkarangan Jabatan Forensik HQE1 dipercayai menziarahi jenazah allahyarham.

Mohd Shafie meluangkan masa kira-kira 15 minit sebelum beredar meninggalkan hospital. 

Menurut laporan mStar keluarga allahyarham sedang menguruskan jenazah beliau untuk dibawa ke Kuala Lumpur.

Sebelum ini Mahadzir, 61 pernah dimasukkan ke unit rawatan rapi Pusat Perubatan Universiti Malaya selama lima hari kerana mengalami masalah kompliasi buah pinggang, paru-paru, tekanan darah tinggi serta diabetes.

Beliau sebelum ini juga pernah ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di kediamannya pada 24 September tahun lalu.

Mahadzir memulakan kerjaya di TV3 pada 1984 sebagai penyampai berita bahasa Melayu dan Inggeris pertama stesen televisyen itu.

Beliau juga dikenang sebagai hos rancangan hiburan dan bual bicara seperti Sekapur Sirih, Malaysia Hari Ini dan Melodi terbitan TV3.

Mahadzir sering diundang menjadi pengacara dalam pelbagai acara bertaraf antarabangsa.

Beliau turut pernah dianugerahkan Ordre Les Palmes Academiques oleh kerajaan Perancis pada 2006 atas usaha beliau mempromosi bahasa dan budaya Perancis.

Sumber MK