Tajuk : Rakan dedah Mahadzir sempat hantar ucapan selamat pagi
Link Artikel/Video : Rakan dedah Mahadzir sempat hantar ucapan selamat pagi
Rakan dedah Mahadzir sempat hantar ucapan selamat pagi
KOTA KINABALU: Personaliti popular, Datuk Mahadzir Lokman yang meninggal dunia di sebuah hotel di Tanjung Aru di sini, awal pagi tadi, sempat menghantar ucapan selamat pagi kepada rakannya menerusi WhatsApp.
Bekas pengacara TV3 berusia 61 tahun itu dilaporkan datang ke sini Selasa lalu atas urusan kerja bersama keluarga rakan baiknya dan beliau mendaftar masuk di sebuah bilik berasingan.
Difahamkan, mangsa sempat makan malam bersama keluarga rakannya sebelum pulang ke bilik pada jam 10.40 malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji, berkata kira-kira jam 5 pagi tadi, Allahyarham ada menghantar ucapan selamat pagi di 'group' WhatsApp yang turut disertai rakan baiknya.
"Kira-kira jam 9.30 pagi tadi, kenalan rapatnya memanggil mangsa tetapi tiada jawapan sebelum meminta bantuan pihak hotel untuk membuka pintu bilik mangsa.
"Sebaik dibuka mangsa didapati tidak sedarkan diri dan kemudian disahkan meninggal dunia oleh doktor dari Hospital Queen Elizabeth 1 (QEH 1)," katanya ketika dihubungi di sini, sebentar tadi.
Habibi berkata, siasatan di lokasi mendapati tiada unsur jenayah dan mangsa berkemungkinan mati disebabkan sakit dialaminya sebelum ini, namun siasatan lanjut masih dijalankan.
Pada September tahun lalu, Allahyarham pernah dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di Kuala Lumpur kerana masalah buah pinggang dan paru-paru.
Sementara itu, adik beliau, Ida Lokman sedang menguruskan penerbangan ke Kota Kinabalu bagi urusan membawa pulang jenazah ke Kuala Lumpur.
Sumber BH