Musa dah ditangkap? Ini jawapan Pesuruhjaya Polis Sabah!

Musa dah ditangkap? Ini jawapan Pesuruhjaya Polis Sabah! - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Musa dah ditangkap? Ini jawapan Pesuruhjaya Polis Sabah!, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Musa dah ditangkap? Ini jawapan Pesuruhjaya Polis Sabah!
Link Artikel/Video : Musa dah ditangkap? Ini jawapan Pesuruhjaya Polis Sabah!

Baca juga


Musa dah ditangkap? Ini jawapan Pesuruhjaya Polis Sabah!

KOTA KINABALU — Bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman yang sedang menjalani rawatan kesihatan di sebuah hospital di Kuala Lumpur telah ditangkap pagi tadi.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din ketika mengesahkan penangkapan itu berkata Musa ditangkap kira-kira jam 10 pagi tadi.

“Betul, dia Musa, ditangkap jam 10 pagi. (Bagaimanapun, permohonan) Reman ditolak oleh Majistret,” katanya kepada Bernama.

Musa yang sebelum ini dilaporkan mendapat rawatan di London, pulang ke tanah air selepas tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, jam 6.45 petang, pada 21  Ogos, dari Seletar, Singapura.

Musa, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Sibuga, dilaporkan meninggalkan negara ini ke London pada 16 Mei untuk menjalani rawatan perubatan di London.

Beliau kini dikehendaki polis berhubung dakwaan ugutan jenayah terhadap Yang Dipertua Negeri Sabah pada majlis angkat sumpah 10 Mei lepas.

Beliau turut disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung dakwaan menyogok Ahli Dewan Undangan Negeri. - Bernama

Sumber SH