Tajuk : Pemandu susuli pemergian ibu, adik
Link Artikel/Video : Pemandu susuli pemergian ibu, adik
Pemandu susuli pemergian ibu, adik
GUA MUSANG - Pemandu yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 31, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, awal pagi tadi, menghembuskan nafas terakhir jam 6.30 petang tadi.
Ini menjadikan mangsa maut dalam insiden berkenaan adalah tiga orang iaitu ibu, Maslan Hassan, 55, dan dua anaknya, Nur Fashiera Mohammad Rusdi, 25, serta Muhammad Faiziel, 27.
Dalam kejadian jam 2.40 pagi itu, ibu dan adiknya meninggal dunia di tempat kejadian manakala Muhammad Faiziel menyusuli pemergian selepas menerima rawatan di Hospital Kuala Krai akibat kecederaan parah.
Terdahulu, hasrat empat sekeluarga pulang beraya di kampung halaman tidak kesampaian apabila Perodua Myvi yang dinaiki terbabas lalu melanggar tiang elektrik.
Kesemua yang beralamat di Kampung Rekang Hilir, Jelawat, dalam perjalanan dari Damansara untuk pulang ke kampung di Bachok bagi menyambut Hari Raya Aidiladha.
Hanya seorang terselamat iaitu Nur Farrah Ezlyn Mohammad Rusdi, 22, yang mengalami cedera ringan dan dihantar ke Hospital Gua Musang.
Sumber SH