Tajuk : Terkejut bila Najib senarai lima salah faham ECRL
Link Artikel/Video : Terkejut bila Najib senarai lima salah faham ECRL
Terkejut bila Najib senarai lima salah faham ECRL
SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa rakyat negara ini tidak menyedari fakta sebenar mengenai projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dan telah dikelirukan oleh propaganda.
Katanya, beliau menyenaraikan lima salah faham yang telah berlaku mengenai projek tersebut seperti, kos terlalu mahal dan BN mendapat imbuhan.
Menurutnya, ramai merasakan kos RM55 bilion melangkaui harga dan mahal di mana ia sebenarnya dikatakan hanyalah RM30 bilion seperti disebarkan PH tanpa menjelaskan apakah perinciannya.
"Sebenarnya, angka RM30 bilion itu adalah kajian dibuat pada 2009 dan hanya untuk jarak 545km sahaja. Ia kemudiannya dilanjutkan kepada 620km. Jajarannya juga berubah untuk menjadi lebih efisien dan mengelak dari pengambilan terlalu banyak tanah rakyat, rumah mereka dan ia turut memerlukan pembinaan terowong sepanjang 50km merentasi Banjaran Titiwangsa.
"Ia adalah fasa pertama projek ini telah menelan belanja RM46 bilion pada 2016 dan ia juga berikutan kesan daripada inflasi dan ringgit yang lemah. Jika projek ini dibina tujuh tahun selepas ini, ia akan menelan belanja lebih tinggi. Contohnya, kos bagi projek PTMP Pulau Pinang melonjak daripada RM27 bilion kepada RM50 bilion," katanya dalam satu kenyataan di Facebook miliknya, hari ini.
Beliau berkata, satu keputusan dibuat untuk menyambung jajaran daripada Gombak ke Pelabuhan Klang yang menjadikan keseluruhan landasan adalah 688km.
"Jajaran landasan merentasi kawasan bandar yang padat adalah lebih tinggi namun sambungan ke Pelabuhan Klang itu akan membuka jambatan darat bagi pelabuhan dari Pantai Timur ke Pantai Barat semenanjung yang akan menjadi saingan dan pilihan lebih baik daripada pelabuhan Singapura.
"Ini kerana tanpa rentasan ini, kapal memerlukan tambahan satu setengah hari untuk berlayar melalui Singapura. Ia adalah fasa kedua dan melibatkan kos RM9 bilion, menjadikan keseluruhan projek ini RM55 bilion pada 2016," katanya.
Jelasnya, salah faham kedua adalah berkaitan kadar faedah dan pinjaman terlalu mahal yang sama sekali tidak benar.
"Pinjaman 20 tahun daripada China adalah pada kadar 3.25 peratus dan dilindungi daripada risiko perubahan kadar tukaran mata wang tidak seperti yang berlaku kepada pinjaman dari Jepun yang dibuat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di mana Malaysia membayar berganda apabila nilai Yen naik.
"Terdapat juga tempoh tujuh tahun bagi permulaan pembayaran. Pada kadar 3.25 peratus, ia adalah lebih rendah daripada kos bon jika Malaysia melakukan pinjaman," katanya.
Mengulas lanjut, dakwaan mengatakan negara tidak mampu dengan tiga projek dalam mega juga adalah salah faham kerana sekiranya kerajaan menggunakan angka RM81 bilion yang diberikan oleh Menteri Kewangan, Guan Eng termasuk kos faedah dan tambahan RM9 bilion bagi dua projek paip gas dan keseluruhan kos adalah RM90 bilion.
"Pinjaman bagi ketiga-tiga projek ini adalah bagi tempoh 20 tahun dan tidak ada keperluan untuk membayar sekaligus. Maka, kita akan hanya membayar RM4.5 bilion bagi tempoh 20 tahun termasuk tiada keperluan membayar untuk 7 tahun pertama.
"Bagaimanapun, Guan Eng pada masa sama turut menyatakan Malaysia akan kehilangan hasil RM23 bilion berikutan perubahan sistem cukai dari GST kepada SST. Kehilangan hasil ini pasti akan bertambah berikutan peningkatan KDNK Malaysia dan kutipan SST yang turut sama meningkat dengannya. Jika kita kekal dengan hasil RM23 bilion sahaja setahun sekalipun, Malaysia masih berupaya membayar pinjaman RM4.5 bilion setahun bagi tempoh 20 tahun," katanya.
Tambah Najib, pembayaran bertingkat adalah tidak adil dan berat sebelah kerana jika merujuk kepada video bagi bahagian ECRL yang telah siap dibina, sebahagian besar telah dilaksanakan bagi mewujudkan kawasan fabrikasi dan pusat operasi.
"Ini adalah di mana kebanyakan kos dibelanjakan termasuk keperluan untuk membeli mesin pengorek terowong. Sama seperti dua projek paip gas, kos permulaan dan reka bentuk bagi projek mega adalah tinggi manakala peletakan landasan serta paip adalah lebih mudah.
"Kesemua tiga projek itu dianugerahkan kepada tiga syarikat milik kerajaan China di mana syarikat terbabit juga adalah antara syarikat terbesar di dunia. Pembayaran juga dibuat terus daripada Bank EXIM China. Risikonya lebih rendah terhadap syarikat terbabit untuk tidak menyempurnakan projek ini atau sebarang pembayaran disalurkan ke tempat lain melainkan anda menuduh kerajaan China terlibat dengan pengubahan wang haram," katanya lagi.
Najib berkata lagi, wujud salah faham mengenai dakwaan mengatakan projek tersebut tidak berdaya maju kerana pulangan daripada kargo dan penumpang tidak mencukupi.
" Bagi soalan ini saya petik kenyataan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Wee Ka Siong iaitu, hasil kepada kerajaan dan negara daripada projek infrastruktur pengangkutan awam seperti ECRL bukan sahaja dikira dari pulangan terus daripada penumpang atau jumlah trafik barangan sahaja tetapi daripada faktor luaran dan limpahan ekonomi daripada projek berkenaan.
"Jika hanya dihitung daripada pulangan terus, maka tiada faedahnya untuk membina lebuhraya bebas tol seperti projek Lebuhraya Pan Borneo atau Lebuhraya Central Spine Road (CSR) memandangkan tiada pulangan terus darinya," katanya.
Justeru beliau menggesa kerajaan PH mendedahkan kesemua perjanjian, kajian kebolehlaksanaan dan kajian impak ekonomi serta analisa manfaat kos bagi melihat adakah baik atau sebaliknya.
"Saya juga menggesa kerajaan untuk menjalankan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) terhadap ketiga-tiga projek ini bagi menentukan sama ada terdapat salah laku.
"Rakyat berhak mengetahui jika keputusan membatalkan itu dibuat atas alasan yang munasabah serta kukuh dan tidak dibuat bersandarkan kepada kemarahan terhadap kerajaan BN atau terhadap kerajaan China yang tidak mahu tunduk dengan kemahuan PH," katanya.
Sumber SH