Najib tak tahu berapa jet boleh terbang

Najib tak tahu berapa jet boleh terbang - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Najib tak tahu berapa jet boleh terbang, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Najib tak tahu berapa jet boleh terbang
Link Artikel/Video : Najib tak tahu berapa jet boleh terbang

Baca juga


Najib tak tahu berapa jet boleh terbang

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mengetahui jumlah sebenar pesawat pejuang Rusia milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang boleh terbang.

Katanya, beliau tidak mengetahui angka terkini pesawat pejuang yang berfungsi dan tidak ada fakta mengenainya.

“Saya tidak tahu bilangan sebenar berkenaan jumlah pesawat pejuang yang mampu terbang.

“Jadi saya tidak ada fakta untuk bercakap mengenai perkara ini,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau bagaimanapun berkata, hanya akan mengeluarkan kenyataan selepas mendapat maklumat terkini berkenaan pesawat pejuang TUDM berkenaan.

Semalam, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu mendedahkan hanya empat daripada 28 pesawat pejuang buatan Rusia milik TUDM mampu terbang.

“Hanya empat daripada pesawat mampu terbang dengan baik dan baki 14 masih dalam pembaikan,” katanya.

Dalam jawapannya semasa usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong bagi kementeriannya pada persidangan Dewan Rakyat, Mohamed Sabu berkata, TUDM tidak mampu menyelenggarakan pesawat pejuang dengan baik.

Menurutnya, Kementerian Pertahanan telah menamatkan kontraktor yang terlibat dengan pentadbiran terdahulu dan sedang mencari penggantinya dengan kontraktor tempatan.

Sumber SH