Tajuk : Pasangan didakwa sebabkan bayi 11 bulan termakan dadah
Link Artikel/Video : Pasangan didakwa sebabkan bayi 11 bulan termakan dadah
Pasangan didakwa sebabkan bayi 11 bulan termakan dadah
MELAKA - Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan penganiayaan sehingga menyebabkan bayi perempuan mereka yang berusia 11 bulan termakan dadah.
Tertuduh, Muhammad Hafiz Rasip, 29, dan isterinya, Nur Khalimah Fatihah Mohd. Affandi, 25, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Norma Ismail.
Pasangan itu didakwa menganiaya secara fizikal bayi mereka berusia 11 bulan yang mana telah termakan dadah di sebuah rumah di Jalan Semabok di sini pada pukul 7.30 malam, 11 Julai lalu.
Bagi kesalahan itu, kedua-duanya didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda sehingga RM50,0000 atau kedua-duanya.
Sebagai tambahan kepada hukuman tersebut, tertuduh hendaklah menyempurnakan bon dengan penjamin untuk berkelakuan baik selama apa-apa tempoh dengan apa-apa syarat yang difikirkan patut oleh mahkamah dan melaksanakan khidmat masyarakat.
Mahkamah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 3 Oktober depan untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Shazreen Nadia Saaban manakala pasangan tersebut diwakili peguam Farid Aziz.
Sumber - K! ONLINE