Pelakon Hairul Azreen, Ammar akan dipanggil beri keterangan - Komander Esscom

Pelakon Hairul Azreen, Ammar akan dipanggil beri keterangan - Komander Esscom - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Pelakon Hairul Azreen, Ammar akan dipanggil beri keterangan - Komander Esscom, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Hiburan, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Pelakon Hairul Azreen, Ammar akan dipanggil beri keterangan - Komander Esscom
Link Artikel/Video : Pelakon Hairul Azreen, Ammar akan dipanggil beri keterangan - Komander Esscom

Baca juga


Pelakon Hairul Azreen, Ammar akan dipanggil beri keterangan - Komander Esscom

KOTA KINABALU: Pihak berkuasa Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) akan memanggil pelakon filem PASKAL, Hairul Azreen dan Ammar Alfian untuk dirakam keterangan dalam masa terdekat.

Ia susulan kenyataan Hairul yang mendakwa dia dan Ammar hampir menjadi mangsa culik lanun ketika penggambaran filem itu di kawasan perairan Semporna, baru-baru ini.

Komander ESSCOM, Datuk Hazani Ghazali, berkata kenyataan kedua-dua pelakon terbabit akan dirakamkan di Ibu Pejabat ESSCOM di Lahad Datu.

“ESSCOM akan memanggil kedua-dua pelakon itu untuk rakam keterangan mereka dalam masa terdekat di Ibu Pejabat ESSCOM,” katanya ketika dihubungi NSTP, di sini hari ini.

Semalam, Hazani menyifatkan kenyataan Hairul yang mendakwa hampir menjadi mangsa culik lanun ketika penggambaran filem PASKAL sebagai tidak berasas.

Hazani dilaporkan berkata, sepanjang penggambaran filem itu di kawasan yang dirujuk sebagai pelantar Tun Sharifah Roziah (TSR), pelakon serta kru produksi disertai oleh pasukan keselamatan terlatih iaitu Pasukan Khas Laut (PASKAL) dan meminta semua pihak berhati-hati membuat kenyataan terutama membabitkan isu keselamatan negara.

Sebelum ini Hairul mendakwa dia dan Ammar nyaris menjadi sasaran lanun ketika penggambaran filem PASKAL di Semporna, pertengahan tahun ini.

Hairul mendakwa, ketika kejadian, hanya dia dan Ammar masih berada di kawasan pelantar minyak selepas menyelesaikan beberapa babak sebelum ada rakan membisikkan pihak berkuasa sebenarnya sudah mendapat maklumat bahawa kumpulan lanun mahu menjadikan mereka sasaran penculikan.

Sumber BH