Polis selamatkan 9 remaja mengandung dan bayi

Polis selamatkan 9 remaja mengandung dan bayi - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Polis selamatkan 9 remaja mengandung dan bayi, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Polis selamatkan 9 remaja mengandung dan bayi
Link Artikel/Video : Polis selamatkan 9 remaja mengandung dan bayi

Baca juga


Polis selamatkan 9 remaja mengandung dan bayi

HULU SELANGOR - Seorang penjual kenderaan terpakai di sini tidak menyangka sebuah premis di bangunan yang menempatkan kedainya menjadi pusat pemerdagangan kanak-kanak di Jalan Adenium 2G/9, Bukit Beruntung di sini sejak beberapa bulan lalu.

Penjual tersebut, Siew Chee Ming, 40, berkata, dirinya selalu melihat beberapa individu yang berpakaian seperti jururawat keluar masuk ke dalam premis berkenaan.

“Saya tak pernah berbual secara bersemuka dengan mereka dan hanya menegur sahaja. Mereka juga tidak menunjukkan sebarang tingkah laku yang mencurigakan.

“Sudah hampir lapan bulan saya melihat mereka di premis tersebut tetapi saya tidak menyangka ada kegiatan pemerdagangan kanak-kanak di situ,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini hari ini.

Chee Ming yang sudah setahun bekerja di situ menambah, dia turut melihat beberapa kanak-kanak di luar premis berkenaan tetapi dirinya tidak pasti samada mereka ditemani oleh ibu bapanya atau tidak.

“Ada juga saya dengar bunyi kanak-kanak berjalan di tingkat atas sebelum ini namun tiada pula bunyi tangisan bayi seperti baru dilahirkan seperti yang dilaporkan.

“Apabila saya melihat sepasukan polis datang untuk membuat serbuan semalam (kelmarin) kira-kira pukul 10.30 pagi, polis hanya cakap ada perniagaan yang tidak sah di premis tersebut,” ujarnya.

Tinjauan Kosmo! Online di kawasan tersebut mendapati pintu ke premis tersebut di tingkat dua bangunan itu masih berkunci. Koridor tangga menuju ke tingkat atas juga gelap dan tiada sesiapa yang menjawab ketukan dan loceng di pintu hadapan yang dibunyikan oleh wartawan.

Usaha Kosmo! Online untuk menghubungi nombor telefon yang diletakkan di hadapan premis tersebut juga tidak berjaya kerana tiada sesiapa yang menjawab panggilan berkenaan.

Terdahulu, polis menahan tiga wanita yang menguruskan sebuah pusat pusat jagaan di Bukit Beruntung semalam susulan laporan seorang penghuni bahawa bayinya yang dilahirkan di sana telah diserahkan kepada keluarga angkat tanpa kebenarannya.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superitendan Lim Bak Phai berkata, suspek yang berumur antara 25 hingga 55 tahun dipercayai adalah pemilik dan penjaga premis tersebut.

“Serbuan tersebut susulan daripada laporan oleh seorang pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang membuat pemeriksaan di pusat tersebut dan menyelamatkan seorang remaja perempuan yang melahirkan anak di pusat itu pada 20 Ogos lalu.

“Pegawai tersebut telah menyelamatkan remaja berusia 17 tahun itu dan turut menemui sembilan lagi remaja perempuan yang mengandung di pusat tersebut. Mangsa telah diselamatkan dan laporan polis telah dibuat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sumber - K! ONLINE
Gambar HM