Restoran mamak buat hal lagi...

Restoran mamak buat hal lagi... - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Restoran mamak buat hal lagi..., kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Masyarakat, Info Media Sosial, Info Viral, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Restoran mamak buat hal lagi...
Link Artikel/Video : Restoran mamak buat hal lagi...

Baca juga


Restoran mamak buat hal lagi...

PUTRAJAYA - Walaupun kerap kali tular di media sosial memaparkan isu kebersihan di restoran mamak namun perkara tersebut seperti tiada titik noktahnya.

Pernah pada Mei lalu, tular rakaman video selama 29 saat memaparkan kumpulan pekerja terbabit mencuci pinggan dengan air lopak di Kuala Lumpur.

Dan terbaharu, seorang pelayar facebook, Amer Mohammad tergamam apabila mendakwa melihat perbuatan pekerja restoran tersebut mencampurkan ayam dengan sisa nasi ke dalam tray lauk.

"Tengah order maggie goreng mamak tiba-tiba seorang pekerja pegang seketul ayam dan bersarung tangan plastik datang dari dapur.

"Dia terus letak ayam dalam tray makanan campur ayam lain. Ia benar berlaku di depan mata saya," katanya.

Curiga melihat tindakan pekerja itu, Amer menghampiri tray makanan dan sempat mengambil gambar.

Paparan gambar itu menjadi tular selepas dia memuat naik gambar tersebut hari ini.

Ia kemudian mendapat perhatian netizen yang mengecam perbuatan itu di samping mempertikaikan tahap kebersihan premis berkenaan.

Sumber SH