Showing posts with label Masyarakat. Show all posts
Showing posts with label Masyarakat. Show all posts

'Kau ingat doktor sengaja suruh cairkan darah isteri kau?'


Suntikan heparin atau dikenali sebagai suntikan mencairkan darah diwajibkan ke atas wanita yang bersalin melalui pembedahan. Rata-rata wanita berasa gerun apabila mendengar suntikan ini apatah lagi suntikan ini ada yang mengatakan perlu dilakukan sendiri. Difahamkan, suntikan ini dikenakan kepada ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan semasa tahun 2015 lagi.

Jika suntikan ini tidak diambil, kesan sampingan akan terjadi kepada ibu tersebut sehingga membawa kepada kematian. Tetapi, suntikan ini seperti dipandang remeh oleh seorang suami yang dikatakan mengamuk apabila tidak mahu menghantar isterinya untuk mendapatkan suntikan ini. 

Kheyr Hameed melalui statusnya di Facebook, menyelar tindakan suami seperti ini dan menganggap lelaki tersebut tidak prihatin dengan kesihatan isterinya.

MADAM dapat kes suami mengamuk tak nak hantar isteri untuk suntikan cairkan darah di hospital. Isteri baru bersalin beberapa hari secara c-sec dan diarahkan doktor untuk suntikan. Apa masalah nak mengamuk pun tak faham. Rasanya lelaki Melayu ni memang sinonim dengan amuk agaknya.
Wahai para suami terutama yang isterinya bersalin secara c-sec, ketahuilah bahawa setiap tahun di Malaysia, ada 13 atau 14 ibu bersalin meninggal dunia disebabkan darah beku dalam saluran darah paru-paru (pulmonary embolism). Dalam 100 kematian ibu bersalin di Malaysia, 60 orang disebabkan pulmonary embolism. Risiko kematian ibu Melayu lebih tinggi berbanding ibu lain.

Kadar kematian ibu Melayu disebabkan pulmonary embolism ialah tiga kali ganda lebih tinggi daripada kematian ibu di Eropah.

Pertama sekali, semua ibu dan ayah patut tahu yang kepekatan darah akan meningkat dalam saluran darah ibu hamil, sebab hormon ibu hamil akan merangsangkan badan menghasilkan lebih protein yang memekatkan darah. Tujuan memekatkan darah ialah untuk melindungi ibu bersalin daripada pertumpahan darah berlebihan selepas bersalin.

Kepekatan darah inilah punca kenapa risiko ibu hamil mendapat darah beku jadi 6 kali ganda lebih tinggi daripada wanita tidak hamil. Selepas bersalin, kepekatan darah masih tinggi pada 6 minggu berpantang.

Masalah mendapat pembekuan darah ini 5 kali ganda lebih tinggi selepas bersalin apabila dibandingkan sebelum bersalin. Terdapat perubahan kandungan air dalam saluran darah selepas bersalin yang menyebabkan darah jadi lebih pekat. Risiko paling tinggi sekali ialah pada tiga minggu pertama selepas bersalin.

Jadi, jangan ingat lepas je isteri uols meneran atau c-sec keluar baby, semua dah okey. Tolonglah ye alert hal-hal kesihatan post natal isteri. Bukan sahaja fizikal mereka tetapi juga emosi dan mental. 

Kau ingat doktor sengaja suruh cairkan darah macam tu kalau tak demi kesihatan? Akai ada ka??? Sukati kau je nak meroyan. Untung dapat isteri baik. Kalau dapat yang jenis geng setan, dah lama kau makan nasi kangkang sebab kuat meroyan.

'Lepas ayah setuju tukar nama tanah kat kami adik beradik, baru nak tinggalkan ayah di rumah orang tua'


Ayah dan ibu, itulah permulaan anak-anak kepada titik tolak kejayaan pada hari ini. Kejayaan kita pada hari ini bukan hanya kerana usaha kita semata-mata, tetapi doa dan restu yang telah diberikan oleh mereka. Tanpa kita sedari, segala kudrat dan usaha telah mereka korbankan untuk membesarkan anak-anak tanpa mengira penat dan lelah.

Benar kata orang, seorang ibu atau ayah boleh menjaga anaknya yang ramai, tetapi bilangan anak yang ramai belum tentu dapat menjaga ibu dan ayahnya.

Satu perkongsian sedih mengenai kisah panggilan dari seorang anak yang boleh disifatkan sebagai anak derhaka meruntun hati netizen. Wanita tersebut mahu meninggalkan bapanya di rumah penjagaan orang tua kerana tidak mampu menjaga bapanya. Lebih menyedihkan apabila wanita tersebut akan menghantar bapanya ke pusat penjagaan tersebut setelah bapanya selesai menukar nama tanah!

SORRY BUT I MUST SHARE THIS

Kebabian hari Isnin. Sorry again tak sopan.

I don't normally pick up calls from unknown number. But I got 4 missed calls this morning at 6.30 am my time. 7.30 am Malaysian time. I called the number when I'm on my way to work. Kot-kot lah ada emergency apa dia ka.

Me: "Hello Assalamualaikum. Saya ***, ada sesiapa call nombor saya tadi?"

Her: "Nombor cik ** ka ni?"

Me: "Ya betul saya. Ni siapa ya?"

Her: "Sorry sorry tadi call lupa tengok time tu yang tak call dah. (4 kali kot dia call huhuhu)"

Me: "Takpa, ni siapa dan ada apa saya boleh bantu ka?"

Her: "Kak *** tanya sikit ja macam mana proses nak masuk kan dalam rumah orang tua?"

Me: "Owh yang tu akak kena pergi terus ke rumah orang tua yang akak nak berurusan tu dan minta jumpa dengan pegawai di sana. Biasanya waktu kerja 8.30 am-4.30 pm. Semua rumah orang tua tak sama prosedurnya."
Her: "Akak nak hantar yang gomen punya tu. So kalau akak nak masuk kan orang tua bawa terus pergi sana dan tinggal ke?"

Me: "Tak boleh. Kena mohon dulu. Saya cadangkan akak pergi sana terus, minta jumpa pegawai dan dapatkan maklumat lengkap supaya mudahkan urusan. Saya pun tak pasti proses yang betul sebab saya tak kerja di rumah orang tua."

Her: "Macam ni akak nak masuk kan ayah akak. Dah tua 77 tahun. Akak ingat tanya cik ** dulu senang nanti kalau tau boleh hantar terus kat situ. Tapi akak tanya dulu bukan nak hantar lagi, tengah tunggu ayah akak setuju tukar nama tanah kat kami adik beradik dulu baru nak tinggal dia kat sana."

Me: "Owh akak berapa beradik semua?"

Her: "8 orang je (JE??)"

Me: "Hampir semua rumah orang tua yang saya berurusan penghuni dah penuh sangat tau akak. Rasanya susah juga mereka nak terima penghuni baru yang masih ada keluarga dan anak-anak. Boleh tak kalau saya cadang akak dan adik beradik yang jaga ayah akak dulu?"

Her: "Susah cik ** ayah akak tu dah tua. Memang boleh buat semua sendiri tapi susah la. Kami semua masing-masing kerja dan dah kahwin.

"Macam akak nak kena jaga suami dan anak-anak. Mana ada masa nak tengok ayah. Yang lain pun sama. Teruk jugak kalau tiap bulan nak balik kampung jenguk. Kalau tinggal kat rumah orang tua senang. Sana ada orang jaga bagi makan kan? Free ke cik **?"

Me: "Maaf akak, nanti akak boleh terus ke sana ya untuk dapatkan maklumat. Bye, Assalamualaikum."

Sorry, saya alergik dengan bab-bab ini. Anak 8 orang. Sebulan sekali balik kampung kalau gilir seorang cuma perlu balik 8 bulan sekali. Kenapa kena guna perkataan 'TINGGAL' kat rumah orang tua? THAT IS YOUR FATHER. Aku type post ni pun aku tereyak. And paling sedih bila dia cakap ayat ni, 

“Lepas tukar nama tanah kat kami adik beradik.”

SAMPAI HATI!!!

Wahai semua kawan-kawan, bersiap sedia untuk hari tua kamu ya. Kita pun tak tahu bagaimana nasib kita nanti. Sekarang memang gagah perkasa, bekerja, berduit, berharta, segak cantik hensem. Boleh kencing berak sendiri. Esok esok?

The kind of CRAZINESS I have to go through on daily basis. Ya Allah permudahkan lah urusan kami semua.

(Video) Cucuh api, ugut gunting kemaluan

KANAK-KANAK berusia lapan tahun dikenakan hukuman tidak masuk akal oleh dua petugas pusat jagaan kanak-kanak di Lorong Tok Sira, Jalan Tengku Muhammad, dekat Kuantan, malam tadi.

Dua petugas itu dikatakan mencucuh api pada kemaluan dan mengugut untuk menggunting kemaluan mangsa, selain memukul badan serta kepala mangsa menggunakan rotan.

Kejadian itu dilaporkan berlaku pada 7 malam dan disedari bapa mangsa berusia 25 tahun selepas rakaman video kejadian itu tersebar di media sosial.

Difahamkan, kanak-kanak terbabit dipukul tanpa belas kasihan kerana melakukan kesalahan kencing berdiri, mencuri barang dan tidak mencuci selepas buang air besar.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, dua petugas pusat jagaan itu sudah menghubungi bapa mangsa selepas menyedari video berkenaan sudah viral dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai.

"Mereka sudah hubungi bapa kanak-kanak itu dan memaklumkan tindakan merotan mangsa dibuat sebagai proses pembelajaran, bukan untuk mendera.

"Siasatan awal kami mendapati, mangsa adalah anak tunggal dan sebelum ini bersekolah di sekolah kebangsaan, bagaimanapun dihantar ke sini oleh bapanya selepas didapati tidak begitu berminat untuk belajar.

"Kami merampas rotan berukuran 58 sentimeter dan satu gunting rambut yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu," katanya ketika dihubungi di Kuantan, hari ini.

Mohamad Noor berkata, beliau juga sudah meninjau pusat jagaan itu dan tidak menolak kemungkinan terdapat unsur penderaan cuba dilakukan terhadap mangsa.

Katanya, dua petugas pusat berkenaan yang berusia 42 dan 43 tahun ditahan jam 10 malam tadi bagi membantu siasatan.

"Mangsa kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan kerana mengalami kecederaan pada bahagian punggung.

"Dua petugas pusat jagaan itu direman selama dua minggu dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya.

Sumber BH

Video yang viral:

Suami jangan biarkan isteri merajuk tanpa dipujuk. Peluk dia lama-lama. Buat kejutan dalam rumahtangga setiap hari…



isteri yang dibiarkan tanpa dipujuk biasanya mereka akan menjauh hati dan diri. Tidur mungkin masih sekatil tapi mimpi lain-lain.

Jangan biarkan isteri merajuk tanpa dipujuk, Tadi balik dari penang ke kl jalan jem. Ada seorang wanita jumpa di RNR Tapah 3.30 pagi bertanya dalam nada sedih. Saya selalu mengamuk di rumah. Marah tak tentu pasal pada anak-anak. Saya tengok muka suami rasa nak marah jer…dia menangis…24jam asyik marah jer..menjerit. marah dan pukul anak-anak..

Lepas tu saya rasa bersalah.

Bila saya dengar begini saya faham dia salah tapi dia jadi begitu kerana tekanan dan dia perlukan sokongan suaminya..saya sedih bila lihat wanita macam tu. Ya Allah…kasihan anak-anak..

Mana suami puan. Di belakang tu. Suaminya datang salam saya..suaminya cium tangan saya. Dia orang baik. Saya tak biasa orang cium tangan saya…

Hari ini isteri abang diuji oleh Allah. Abang juga sedang diuji. Segala yang berlaku kerana Allah sayang. Dia simpan kebaikan disebalik ujian dalam rumahtangga.

Saya bawanya ke belakang dan bercakap berdua..Allah sayang abang. Dia ketemukan kita. Saya dapat rasa betapa sayang isteri abang pada abang..bantulah isteri abang. Dia benar-benar perlukan abang waktu ini..

Sunnah bawa bahagia. Rasul saw yang amat kita cintai teramat menghargai wanita. Dan melayan mereka dengan baik..

Abang peluk isteri setiap hari dan cium sebelum pergi kerja. Peluk lama sikit kepala bersandar dan kata ya Allah saya sayang isteri saya. Sayangilah dia. Berilah syurga yang tinggi buatnya..

Mandi bersama isteri. Berdua-duaan dalam hidup. Rajin bantu isteri. Sebenarnya isteri perlukan sokongan dan kasih sayang suami. Sama-sama kita kahwin. Anak kita sama-sama jaga. Didik dan kasihi anak sama-sama..

Bantu cuci najis anak. Bantu jaga anak supaya isteri dapat rehat. Beri isteri rehat. Jika dapat tengok wajah isteri tidur nyenyak atau berdengkur kita gembira. Sebab itulah isteri kita yang banyak korban untuk kita..masa tu kita bantu but kerja rumah. Sekali sekala mereka bangun setelah penat urus rumahtangga sepanjang hari, lihat rumah dah kemas. Sampah dah dibuang. Mainan anak-anak dah dikemas. Letak bunga sebelah kepala isteri. Tulis kad terima kaseh sudi terima abang yang tak tiada apa-apa. Terima kaseh jadi isteri abang yang setia.

Buat Ta’lim dalam rumah bersama isteri anak-anak. Tarik rahmat Allah dalam rumahtangga. AL-Quran dan Hadis memberi nur dalam keluarga..

Baca denga cinta dan sayang..



Paling utama jadi pendengar isteri dengan baik. Mereka benar-benar memerlukan seseorang untuk mendengarnya bila berbual dan meluahkan. Mereka tiada sesiapa melainkan kita..dengar dengan cinta dan perasaan. Dengan jiwa..pandang wajah isteri. Tenung mukanya. Pegang tangannya. Sediakan bahu jika mereka menangis. Biarkan mereka menangis sambil usap kepalanya. Gosok belakangnya.

Jangan biarkan isteri merajuk tanpa dipujuk. Peluk dia lama-lama. Buat kejutan dalam rumahtangga setiap hari…isteri yang dibiarkan tanpa dipujuk biasanya mereka akan menjauh hati dan diri. Tidur mungkin masih sekatil tapi mimpi lain-lain.

Kasihan ramai isteri jadi over stress , sakit jiwa. Sakit. Kurus…dan ditimpa penyakit kerana tekanan dalam uruskan anak-anak..

Belajarlah sayangi dan hargai mereka. Siapa tahu kerana kita buat baik pada isteri, Allah maafkan kita dan masukkkan kita dalam syurga..dia redha dengan kita. Biarlah apa orang nak kata queen control ke. Takut isteri ke. Kita buat kerana Allah dan kerana mencintai Nabi saw. Sebab tu kita diciptakan menjadi lelaki untuk memahami, menyayangi dan melindungi isteri..



Abang tu kata terima kaseh ustaz..syukur Allah temukan kita dalam jem ni. Tak larat nak gerak dah jalan jem sangat. Rupanya ada rahmat Allah. Saya akan perbaiki diri dan bantu isteri. Saya tak tahu puncanya. Baru saya faham. Terima kaseh.

Kerana kebaikan abang dan isteri Allah temukan kita. Kerana Allah tahu abang suami isteri orang baik. Tak patut orang baik dibiarkan hidup tanpa bahagia.Allah jaga orang jaga agama…

– ebit lew
Sumber BM

Doktor kongsi ilmu, tapi dituduh selebriti ‘menggelupur’ cari publisiti murahan

Jika dahulu, pesakit perlu ke klinik sebelum boleh bercakap dengan seorang doktor.

Kini, dengan kemajuan teknologi, golongan doktor semakin mudah didekati lebih-lebih lagi apabila mereka sendiri yang gemar berkongsi ilmu kepada pembaca menerusi media sosial masing-masing.

Namun, tidak semua orang suka apa yang doktor masa kini lakukan. Begitu juga dengan pengetahuan yang dicurahkan oleh golongan profesional seperti mereka.

Selain, didakwa sengaja ingin mengacau periuk nasi golongan pengasas produk dan tidak mahu melihat orang Melayu maju, para doktor dilemparkan tuduhan ingin mendapatkan publisiti murahan melalui media sosial.

Terkini, seorang selebriti wanita mengecam tindakan segelintir doktor yang berperang melawan mitos dan penggunaan produk yang melanggar tuntutan perubatan yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) kerana didakwa ingin menjatuhkan perniagaannya.

"Dia (doktor) yang Melayu je akan menggelupur nak publisiti murahan.

"Tiada pun aku nampak doktor Cina, India menggelupur nak publisiti murahan di Instagram dan Facebook.

"Doktor-doktor ini semua berlumba-lumba nak popular sahaja. Kamu (doktor) mahu jadi artis ke nak jadi doktor? Semualah kamu nak sapu," tulis selebriti tersebut.

Jelas seorang doktor yang memiliki seramai 141,399 pengikut di Facebook dan aktif berkongsi tentang ilmu perubatan di akaunnya, Dr Rusyainie Ramli, para doktor berkongsi ilmu atas sifat tanggungjawab dalam diri untuk membantu netizen menjadi lebih bijak.

Kata pegawai perubatan kanan Angkatan Tentera Malaysia itu, wang di dalam poketnya juga tidak bertambah biarpun jumlah pengikut bertambah sekiranya benar populariti yang ingin dicari oleh doktor sepertinya.

Dr Rusyainie.
 
"Daripada cerita tentang perihal peribadi, lebih baik kami (doktor) beri pandangan tentang isu-isu tular berkaitan penyakit dan perubatan kepada pengguna.

"Tapi kami tidak melakukan khidmat nasihat secara 'online', pesakit tetap kena jumpa doktor untuk dapatkan rawatan," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Rabu.

Dr Rusyainie ketika mengulas mengenai dakwaan selebriti terbabit bahawa doktor bukan Melayu tidak mencari publisiti di media sosial berkata, pembaca Melayu tidak tahu sama ada doktor tersebut melakukan perkara sama kerana mereka tidak berada dalam kelompok pembaca bahasa Mandarin atau Tamil.

Jelasnya, tiada istilah diskriminasi dilancarkan ke atas pengasas produk yang datang daripada kalangan orang Melayu tetapi golongan doktor hanya ingin mendidik masyarakat.

Sementara itu, seorang pengguna Facebook, Anis Remli berkata: "Mereka ni pasal apa? Ajak masyarakat 'berperang' dengan pegawai perubatan ke?

"Biasa tak pergi hospital atau wad tengok macam mana doktor dan jururawat bertugas. Aduh, sedih betul," katanya.

Sumber MS

'Eh? Maggi adik ni ketam besar, ado udang, total RM120' - Pelanggan dakwa diperdaya peniaga cekik darah


"Tanya harga dulu sebelum order makan" itulah pesanan yang seringkali dinasihatkan kepada orang ramai bagi mengelakkan diperdaya oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab. Meskipun mengakui kesilapan diri, namun pengadu tidak menyangka peniaga ini sanggup memperdayakannya. 

Menurut bapanya, peniaga di tempat itu memang selalu menipu pelanggan agar mangsa membuat pesanan menu makanan yang mahal-mahal. 

CERITA sedih hari ini tentang Maggi Ketam di PCB. Asalnya tak nak rant tapi begitu sadis aku rasa nak bebel. 

Rumah aku dekat 10 minit drive je dengan PCB. So hari ini aku jalan kaki sajalah memandangkan jalan sesak teruk di musim cuti raya haji ini. Lepak jap, tiba-tiba rasa lapar. Aku pesanlah Maggi Tomyam. Tetapi kedai biasa yang aku pergi itu, tutup pula. So pergilah ke kedai yang kitorang tak pernah pergi. 

Makcik itu cakap, "Dik, kedai ni takdok air, jadi payoh nak masak megi tomyam.". 

Kemudian di offer nak pergi tanya kedai sebelah, siap tanya kedai adik dia lagi kalau boleh masak order kitorang. Aku macam, respectlah, baik betul dia. 

Tapi dia cakap tak boleh, semua kedai tak boleh masak Maggi Tomyam. 
"Ginilah, adik order Maggi Ketam lah, mudoh. Kuah ado belako doh." katanya. 

Aku angguk sajalah sebab dah macam susah sangat kan. Tunggu dalam setengah jam (kata kejap!), Maggi sampai. Alhamdulillah sedaplah. 

Kakak aku hulur RM50 suruh bayarkan. Makcik itu datnaglah, siap bawa kertas A4 bhai nak kira. 

"Okey. Air adik ni air kepala deh. Okey, semua RM11 ya deh," katanya dan aku angguk saja. 

"Eh? Maggi adik ni ketam besar deh. Oh, ado udang (acah terkejut). Kalau udang harga lain deh," katanya. 

Aku jadi pelik, kenapa detail semacam dia explain ni? Panjang dia tulis-tulis sambil sengih-sengih. 

"Okey, total RM120 ya dik," katanya. 

Aku tengok kakak aku, kakak aku tengok aku. Aku tengok RM50 sekeping di tangan. So korek-korek poketlah kitorang cari lagi RM70. 

Wei otak dia wei RM36 (dia cakap sepatutnya RM38) untuk semangkuk Maggi Ketam tu wei! Lagi bodoh rasa bila dia cakap dia tak boleh masak Maggi Tomyam (standard RM7), pastu offer Maggi Ketam. 

Speechless aku. Kalau ye pun nak sembelih, aku bukan tourist doh. Rumah aku ke kedai ni jalan kaki je pun. 

Balik itu ayah aku cakap memang diorang selalu menipu supaya orang order benda yang mahal. 

Jadi pengajarannya, tanyalah harga dulu sebelum order. Tambah-tambah makan di PCB tu. Aku standard makan lepak dengan member 2-3 orang makan-makan tak pernah lebih RM50 pun. Sekian. 

Lebam di mata dan badan, pengasuh kata bayi dibaling dengan 'toys'


"Jangan jadi pengasuh kalau kau cuai atau kau jenis ambil mudah. Ke kau gila?" demikian tulis Adiba Fazala yang berkongsi kejadian yang menimpa anak kecilnya baru-baru ini.

Menurut Adiba, terdapat kesan-kesan lebam di mata dan belakang badan bayinya selepas diambil dari pengasuh. Bimbang dengan keadaan itu, Adiba kemudian membawa anaknya ke klinik sebelum dirujuk ke Hospital Putrajaya. 

Difahamkan, pengasuh mendakwa kesan lebam itu berlaku kerana dibaling dengan alat permainan oleh abang kepada kanak-kanak itu sendiri. Namun, pemeriksaan doktor pula mengesyaki bayi itu didera.


"Pada 2 Ogos, hari yang paling sedih untuk keluarga saya dan hanya Allah yang tahu. Anak balik dengan kesan lebam di belakang badan dan mata. 

"Kau cakap Abang Hud baling toys pada Lut. Sampai rumah, bila check belakang Lut, saya tengok ada kesan lebam teruk. Tak sedap hati dengan melalak-lalak itu, saya bawa Lut pergi check di klinik area Putra Perdana. 

"Doktor check sekejap then terus bagi surat kena rujuk di Hospital Putrajaya sebab ada tanda seperti didera. 

"Sampai di hospital, jururawat call polis untuk datang dan kami kena buat laporan polis, kemudian baru boleh buat pemeriksaan terperinci. 


"Selesai berurusan dengan polis, doktor obstetrik dan ginekologi datang untuk periksa. Kemudian paediatrician pula datang dan hasilnya, doktor cakap bukan dari kesan terkena balingan toys dan kemungkinan Lut kena dera adalah sangat tinggi," tulisnya.

Kanak-kanak itu bagaimanapun dilaporkan stabil tetapi masih perlu dipantau selama beberapa hari. 

Bagi Adiba, dia bersyukur anaknya tidak mengalami sebarang kecederaan serius. Namun dalam masa yang sama meminta ibu bapa berhati-hati memilih pengasuh. 

"Didera atau tak, itu hanya Allah yang tahu. Yang penting selepas Lut diperiksa, saya tahu organ dalaman dia okay dan tulang belakang dia pun okay. Tetapi masih perlu dipantau untuk beberapa hari kerana bimbang jika ada apa-apa yang tidak kena, perlu terus datang ke hospital semula. 

"Alhamdulillah Baby Lut is doing fine now, itu yang penting bagi saya. Bagi yang nak mencari pengasuh, berhati-hatilah terutama yang duduk di area Pulau Meranti supaya apa yang terjadi pada Baby Lut tidak terjadi pada anak-anak yang lain. 

"Cakap ada CCTV dan berdaftar dengan JKM pun belum tentu selamat. Macam kes Baby Lut ini, bila jadi kes, CCTV pun tak bagi tengok. Lebih sedih, boleh cakap parent's lain tak kisah dengan kesan-kesan lebam seperti itu. Seolah-olah it's okay for kid's to have those bruises. Sebab itu bila dah jadi kes begini pun dia masih mengasuh seperti biasa," tulisnya.


Adiba berkata, dia tidak mahu mengambil tindakan terhadap pengasuh berkenaan kerana dia juga memahami pengasuh yang juga seorang ibu punyai anak-anak kecil lagi. Namun tidak akan pernah melupakan apa yang berlaku pada anaknya. 

"Saya pilih untuk tidak mengambil tindakan terhadap dia sebab dia pun seorang ibu. Saya risau kalau saya ambil tindakan, apa yang akan terjadi pada anak-anak dia? Kesian pada anak dia nanti. 

"Tetapi apa yang dia buat pada anak saya, takkan sekalipun saya lupa. Tak apa, dia pun ada anak, ingat kifarah dari Allah ada. Biar Allah saja yang membalasnya. 

"Dah cuba tak nak mengaibkan sesiapa tetapi saya rasa tanggungjawab saya tak lepas kalau saya tak kongsikan tentang kecuaian pengasuh ini supaya tidak berlaku pada anak orang lain." tulisnya.

Sumber TR

'Dia cakap kemaluannya dikorek dengan jari oleh kawan' - Ibu terkejut anaknya dicabul di tadika


"Sekarang apa yang saya perlu buat ya puan? Saya tak tahu nak buat apa," demikian mesej dari ibu murid perempuan, yang mengesyaki anaknya telah dicabul oleh rakan lelaki.

Perkongsian dari Zeeda Aziz ini mengejutkan ramai netizen terutamanya golongan ibu bapa. Masing-masing menyatakan kebimbangan mereka terhadap anak-anak dan tidak menyangka perkara seperti ini boleh berlaku di premis tadika. 

Menurut Zeeda, kes pencabulan ini melibatkan murid pra-sekolah berusia enam tahun yang melakukan perbuatan itu yang dianggapnya tidak salah.

"Semakin hari semakin banyak aduan diterima. Entah bila akan berakhir. Kes terbaru melibatkan murid pra-sekolah yang berusia 6 tahun. 

"Rakan sebaya bermain 'cucuk' dan 'korek' faraj kawan mereka di dalam premis tadika. Permainan korek dan cucuk ini melukakan alat kelamin anak. Itu yang si ibu dapat tahu anaknya telah dicabul," tulis Zeeda. 

Difahamkan, ibu mangsa telah bersemuka dengan guru dan juga pelaku.
"Si ibu sudah bersemuka dengan guru dan juga pelaku. Budak 6 tahun ini tak tahu pun apa yang dia buat itu salah. Main-main saja pun," tulisnya.



Bagi Zeeda, kejadian seperti itu mungkin dapat dielakkan sekiranya ibu bapa memainkan peranan dalam mendidik anak-anak terutamanya tidak terlalu memberi kebebasan melayari internet. Pemberian akses tanpa had internet kepada anak-anak boleh mendatangkan kemudaratan yang akhirnya menjadikan anak itu rosak dari akhlaknya.

"Tuan puan, kita ini dah kenapa? Berhentilah memberi akses internet tanpa limit kepada anak-anak. Anda bangga ke kalau anak jadi penjenayah seksual? 

"Seawal 6 tahun sudah mula mencabul, tidak mustahil bila zakarnya dah boleh menegang, mereka menjadi perogol. 

"Ajar anak tentang sentuhan selama dan tidak, seawal mungkin. Jika anak cukup ilmunya, inshaAllah perkara begini dapat dielakkan," tulisnya. 

Ibu bapa dinasihatkan sentiasa memantau dan mengawasi aktiviti anak masing-masing agar kejadian seperti ini tidak berlaku di kemudian hari.

Sumber TR

''Penat belajar sampai degree, nak bagi hantaran RM8,000?! Tak berbaloi'


Viral di media sosial, luahan ketidakpuasan hati seorang gadis terhadap bakal suaminya yang hanya mahu memberi wang hantaran perkahwinan sebanyak RM8,000 yang dianggap terlalu sedikit. 

Individu yang tidak didedahkan namanya itu di Instastory-nya berkata, jumlah wang hantaran itu tidak layak untuk mendapatkan dia yang mempunyai 'degree'. Malah dia turut menggunakan kata-kata kesat terhadap teman lelaki dan bakal mertuanya itu. 







Tampil seorang individu cuba menasihatinya dan meminta dia bersabar dan bersyukur dengan jumlah yang mampu dibayar oleh bakal suaminya itu. 

Malangnya gadis itu bengang dan meminta individu berkenaan tidak mencampuri urusan kehidupannya. 



Sementara itu, netizen menyelar kebiadaban gadis terbabit yang secara terang dan jelas menghina bakal suami dan keluarganya. Kata netizen, itulah perangai sebenar gadis terbabit dan bakal suaminya mungkin perlu mempertimbangkan kembali keputusannya sama ada mahu meneruskan atau membatalkan hasrat berkahwin dengan gadis tersebut. 

Rata-rata netizen menasihatkan, soal perkahwinan tidak perlu dirumitkan. Berkahwinlah dengan kemampuan diri dan utamakan syarat perkahwinan yang telah ditetapkan dalam agama Islam.

Sumber TR

'Kami bukan bertapa dalam tandas, cuma nak hak guna sama rata'

Linda berkata, tiada pun keinginan meminta hak supaya pihak berwajib menyediakan tandas untuk golongan transgender. - Gambar hiasan

KOMUNITI mak nyah tidak meminta perkara berlebihan kepada kerajaan sebaliknya hanya mahukan kehidupan tanpa tanggapan sinis oleh masyarakat termasuk perkara sekecil isu tandas.

Seorang mak nyah dikenali sebagai Linda, 29 tahun, berkata, dia dan rakan-rakan mak nyah lain tidak mahu ada diskriminasi terhadap mereka.

"Sebagai contoh, kami bukan nak tuntut hak kahwin sejenis seperti berlaku di negara barat,  tetapi inginkan kehidupan biasa untuk memenuhi naluri wanita kami. Orang ramai terimalah naluri kami ini kerana kami bukan minta jadi begini melainkan sudah takdir.

"Kita minta hak sama rata bukan sampai nak hak tukar kad pengenalan sewenang-wenangnya," kata Linda yang mengakui perwatakannya sebagai mak nyah bermula sejak dia berusia belasan tahun.

Linda berkata, sebenarnya bukan sahaja dia bahkan komuniti mak nyah yang lain tidak mahu kehidupan mereka disertai diskriminasi termasuk isu kecil seperti tandas.

"Kami minta kebenaran guna tandas sama rata, takkan kami nak guna tandas OKU pula?

"Apa yang penting kami dapat buang air kecil dan air besar, kami bukan nak bertapa dalam tandas," katanya.

Linda pada masa sama sempat menyindir sinis terhadap sikap sesetengah wanita ketika menggunakan tandas wanita kerana kemudahan awam itu adakalanya didapati kotor serta bersepah dengan tuala wanita.

"Diri sendiri (wanita) pun tak betul. Isu tandas adalah isu kecil tetapi sengaja diperbesarkan oleh pihak tertentu," kata Linda sinis.

Bagaimanapun Linda tidak menafikan karektor segelintir mak nyah juga menyebabkan kemarahan masyarakat terhadap komuniti tersebut.

Menegaskan sekali lagi berkaitan soal penggunaan tandas, Linda yang berasal dari Perak berkata, tiada pun keinginan meminta hak supaya pihak berwajib menyediakan tandas untuk golongan transgender.

Sementara itu, seorang lagi mak nyah dikenali sebagai Amy, 23, bersetuju dengan pandangan rakannya itu bahawa isu tandas adalah perkara kecil yang sengaja dijadikan kecoh untuk mendiskriminasi golongan mak nyah.

Amy, mengakui menyedari nalurinya berubah kepada wanita sejak zaman kanak-kanak ketika menonton sebuah filem Hindi apabila dia merasakan perasaan yang begitu teruja meminati pelakon lelaki dalam filem berkenaan.

"Bukan sekadar minat tengok pelakon itu, tetapi saya rasa ingin memiliki lelaki. Dari situ saya menyedari naluri saya ingin menjadi wanita dan saya beranggapan saya ini adalah wanita yang terkurung dalam tubuh lelaki,"  ujar Amy yang berasal dari Pahang.

Sebagai komuniti mak nyah, Amy juga menyatakan, dia tidak meminta perkara berlebihan daripada sesiapa cuma meminta masyarakat supaya tidak memandang jelek kepada komuniti transgender berkenaan.

Sumber AA

'Aku talak wife aku takpe' - Baru lafaz akad nikah, dah terceraikan isteri akibat gurauan tak bertempat


Bekerja sebagai jurufoto perkahwinan ini memang menyimpan pelbagai pengalaman yang menarik. Terbaru seorang jurufoto berkongsi mengenai peristiwa yang membuatkan beliau dan hadirin majlis raja sehari itu 'terngaga' seketika apabila mendengar lafaz talak dari pengantin lelaki yang baru saja selesai akad nikah. 

Perihal mengenai talak tidak seharusnya dijadikan sebagai bahan gurauan. Golongan suami perlu berhati-hati dan jangan sesekali membiasakan diri bergurau mengenainya. Terlajak kata, buruk padahnya. 

"Mula-mula, dia lafaz "Aku terima nikahnya". Tetapi 'Kalau dah jodoh' bertukar menjadi 'Kalau dah bodoh', yang bergurau-gurau tentang perkara talak. kenapa? Kan tak pasal kau ceraikan isteri di depan photographer kau!

"Laki dia bang*ng sangat. Saya fikir dia hanya bergurau. Tetapi dia lupa talak rujuk tak boleh dibawa bergurau. Dia hanya cakap, "Aku talak wife aku takpe". 

"Last-last dia cakap dia tak sengaja, bukan dengan niat. Tetapi imam kata dah jatuh. Tok Kadi kata saksi cukup, jadi talak tetap jatuh. 
"Aku dengar dengan clear. Bridemaid terngaga dan terkejut. Mujur talak satu. Kalau kena talak tiga, mamp*s. Menyesal tak sudah dia tadi," tulis jurufoto berkenaan di Facebooknya. 




Menurut Mufti Agung Prof. Dr. Ali Jum'ah Muhammad, talak yang terjadi sebelum suami meniduri isterinya dikategorikan dalam talak bain shughra, iaitu talak yang membuat suami isteri tidak boleh rujuk kembali kecuali dengan akad baru.

Ya ALLAH... kembalikan nafsu lelakiku

Wajah terbaharu Jefferi selepas bertaubat sebagai mak nyah, sejak dua tahun lalu. 
 
YA ALLAH... kembalikanlah nafsuku sebagai lelaki. Aku bertaubat kepadaMu Ya Allah...demikian rintihan seorang bekas mak nyah setiap kali selepas menunaikan solat.

Menurut Jefferi Mohd Nor, 53, dia benar-benar menyesal kerana terjebak kancah seks songsang selepas menjadi pondan akibat terlalu mengikut nafsu serta taksub kepada naluri menjadi wanita, suatu masa dulu.

"Saya sudah dua kali menunaikan ibadah Umrah. Muhasabah diri dan menguatkan iman kerana saya sudah insaf.

"Buat masa ini, saya tidak ada naluri seksual terhadap wanita, tetapi tidak bermakna fungsi alat kelamin saya sudah mati.

"Sekarang saya tidak tahu bagaimana untuk mencari naluri lelaki itu. Ya Allah, kau matikanlah nafsu pondan aku ini," ujar Jefferi yang dahulunya adalah seorang guru.

Mengimbas kembali sejarah dia terjebak menjadi pondan, Jefferi berkata, segala-galanya bermula selepas dia 'dinodai' seorang lelaki yang juga jirannya pada usia lima tahun.

Akibat terangsang, dia menjadi ketagih seks songsang sejak kecil, lalu kemudian memiliki naluri menjadi wanita. Bagi kelihatan cantik, Jefferi membuat pembedahan plastik  dan membuat implan silikon pada payudara.

Di penghujung usianya kini, Jefferi kembali ke pangkal jalan sebagai seorang lelaki, sejak dua tahun lalu bagaimanapun masih mencari kekuatan untuk menjadi lelaki sejati.

"Apa jalan untuk saya kembalikan nafsu lelaki ini, Saya dah puas cari jalan mengembalikan nafsu lelaki saya.

"Jika ada orang pandai mengubati saya, tolonglah," kata Jefferi.

Tegasnya, dengan apa dialaminya itu membuktikan bahawa seseorang pondan sebenarnya boleh kembali normal selagi ada kemahuan.

Dia membantah keras, jika ada tanggapan mengatakan perasaan pondan akan selamanya terkurung dalam naluri wanita.

"Alhamdulillah, sedikit demi sedikit kehendak nafsu pondan itu sudah beransur hilang dalam diri saya. Kini, saya mahu kembali menjadi lelaki dan berhasrat mencari isteri yang normal," katanya yang bersyukur kerana tidak sempat membuang alat kelaminnya.

Ketika itu dia mahu melarikan diri bersama 'teman lelaki' warga Amerika Syarikat ke London bagaimanapun hasratnya itu terhalang kerana ibunya.

"Syukur kerana ketika itu saya tidak mampu untuk meninggalkan mak, lalu saya membatalkan hasrat pembedahan itu," ujar Jefferi berterus terang kepada Wartawan Sinar Siasat.

Selama menjadi pondan, Jefferi mengakui dia sedar perbuatannya itu berdosa besar namun dia tetap mengikut kata hati sehinggalah jiwanya memberontak mempersoalkan erti kebahagiaan sejati.

"Saya tidak bahagia, bagaimana saya nak bertemu Allah nanti. Apatah lagi ibu saya kemudian meninggal dunia sembilan tahun lalu.

"Oleh itu saya tekad, pada Ogos dua tahun lalu saya membuang implan silikon payudara di Thailand dan meninggalkan lelaki yang saya anggap sebagai 'suami' selepas 30 tahun kami bersama. Biarpun tiga anak angkat saya terkejut, namun saya tekad,"

"Saya tidak mahu lagi terjebak seks songsang dengan menjadi pondan," luah Jefferi.

Pada masa sama dia menasihati golongan mak nyah yang ingin bertaubat, supaya kembali kepada asas agama iaitu menunaikan solat lima waktu dan terus menjauhi golongan pondan.

"Saya memang tidak berkawan dengan golongan pondan lagi.  Mana-mana pondan kalau nak baik, tolong elak berkawan pondan.Jika masih berkawan memang susah nak berubah kerana pondan ini sentiasa menyediakan habuan seks. Jadi susah kita nak berubah. Jika nak insaf, tinggalkanlah semuanya," nasihat Jefferi.

Mengenai isu LGBT, Jefferi berkata, kerajaan tidak perlu melayan apa jua permintaan komuniti mak nyah kerana dalam Islam perkara yang haram tetap haram.

Sumber SH

'Ibunya baru meninggal, dua beradik yang masih bersekolah ini terpaksa bekerja bayar sewa RM850'


Viral di media sosial perkongsian seorang guru mengenai anak muridnya yang hidup dalam serba kekurangan. Bersimpati dengan nasib pelajar Tingkatan 4 ini yang baru saja kehilangan ibu serta hilang tempat bergantung, Cikgu Siti Norhana mengajak orang ramai membantu Haikal. 

Difahamkan, ibu bapa pelajar ini telah berpisah sejak 13 tahun lalu. Ibu Haikal yang meninggal dunia baru-baru ini disebabkan penyakit kanser. 

"Kisah sedih yang saya baru tahu hari ini. Murid ini namanya Haikal, Tingkatan 4. Mak dan ayahnya telah berpisah 13 tahun lepas dan tidak pernah berjumpa sejak dari itu. 

"Jumaat lepas, mak dia meninggal dunia sebab sakit kanser. Haikal tinggal dengan abangnya, Tingkatan 5 di sebuah rumah flat berdekatan dengan kawasan sekolah," tulisnya.

Dalam keadaan yang mendesak itu, Haikal dan abangnya, Mohd Azmi, tiada pilihan lain dan terpaksa bekerja untuk menyara kehidupan mereka, terutamanya membayar rumah sewa bulanan RM850. 


"Semenjak mak dia sakit, dia dengan abangnya bekerja untuk menyara hidup dan bayar sewa rumah RM850 sebulan. Di waktu pagi mereka bersekolah, di waktu petang mereka bekerja sampai malam. 

"Dia kata, dia dah tak mampu nak membayar sewa rumah itu yang mahal sangat. Mereka kini mahu mencari rumah yang murah sikit. 
"Hurm.. di kala kita tengah struggle kumpul duit nak membeli barang-barang kehendak kita, dia pula struggle nak teruskan hidup dan belajar. What a strong young man. 

"Siapa yang sudi membantu dia, boleh PM saya, Siti Norhana (FB). Nak bagi barang-barang dapur dan sebagainya. Kita mudahkan orang, inshaAllah akan ada orang yang mudahkan kita nanti," tulis guru berkenaan di Facebooknya. 

Sementara itu, seorang netizen yang prihatin, Puteri Aqiliah, turut mengajak orang ramai membantu meringankan bebanan dua beradik berkenaan sama ada dalam bentuk sumbangan barangan makanan atau keperluan dan juga wang tunai. 

Bagi mereka yang ragu-ragu, boleh terus menghubungi nombor telefon Haikal sendiri untuk maklumat lebih lanjut. 

"Adik Haikal ini masih bersekolah, tinggal bersama dengan abangnya yang juga masih bersekolah. Mak mereka baru saja meninggal dunia. Bapa mereka entah ke mana. Mereka kena kerja selepas bersekolah untuk menyara hidup, bayar sewa rumah. Kalau ada sesiapa yang nak menghulurkan bantuan, boleh contact adik ini terus di talian 016-6816782. 

"Bagi mereka yang mahu menghulurkan sumbangan dalam bentuk wang ringgit, boleh sumbangkan terus ke akaun bank abang kepada adik Haikal. 

BSN: 1410729000107942 (Mohd Azmi). 

"Yang hendak menghulurkan sumbangan barang makanan dan keperluan, boleh hubungan WhatsApp atau call nombor adik Haikal. InshaAllah Isnin ini wakil Pusat Zakat Selangor akan berjumpa dengan adik Haikal. Cikgu yang post mengenai dia pula akan bawa dia ke bank untuk membuka akaun," tulisnya.

Sumber TR

'Sedih, penat tak hilang lagi, pengantin datang terus kondem baju ini'


"Cukuplah sekali dapat customer seperti ini. Boleh sakit jantung makcik dibuatnya," demikian luahan seorang wanita yang mendakwa beliau dianiaya oleh pelanggannya. 

Terdahulu, luahan kesal Mimiey Suparno viral di media sosial mengundang simpati netizen. Mimiey yang berhempas pulas menyiapkan busana pengantin seperti yang dipinta oleh pengantin berkenaan, terpaksa berputih mata apabila gadis berkenaan mendakwa pakaian yang dibuatnya tidak menepati citarasanya. 

"Officially baju ini untuk dijual. Makcik sedih, penat tak hilang lagi. Pengantinnya datang ke rumah makcik dan terus kondem baju ini. Katanya tidak seperti yang dia mahukan. 

"Sama juga seperti mak dia rupanya. Siap minta balik duit deposit," tulisnya.


Menurut Mimiey, dia mengambil masa dan tenaga untuk menyiapkan pakaian tersebut, namun kecewa dan ini kali pertama pelanggan mendakwa hasil tangannya tidak memuaskan hati.

"Makcik penat sangat-sangat, tak pernah makcik menangis menyiapkan baju dan tak pernah bila baju makcik buat kena kondem sebab lace dan manik penuh di perut. 

"Habis yang kau minta lace banyak di tangan, di bahu, banyak lace itu jadah apa? Hahahaha!" tulisnya.

Mimiey meminta mana-mana individu yang berminat dengan pakaian itu, bolehlah menghubunginya dan pakaian itu akan dijual dengan harga 'sedih sayu'. 

"Siapa nak beli baju ini, sila roger makcik. Harga sedih sayu makcik bagi. Cukuplah dapat sekali saja customer seperti ini. Boleh sakit jantung makcik dibuatnya. Huhu." tulisnya.

Sementara itu, seorang netizen pula memuat naik gambar rekaan asal yang dikehendaki oleh pengantin berkenaan yang didakwa sangat jauh berbeza dengan hasil buatan Mimiey. 

"Dah kalau rupa gini bakal pengatin itu pakai, apa kejadah yang cantiknya? Itulah makcik, lain kali buat kerja last minit," tulis Nabila. 



Bagi netizen yang lain, hasil kerja Mimiey itu tidaklah teruk seperti yang dikatakan. Namun, adalah perkara biasa pengantin mahukan rekaan 150% mengikut citarasa dan kehendak mereka untuk majlis raja sehari. 

Walau bagaimanapun, ada juga yang berpendapat bahawa, Mimiey tidak dapat membuat pakaian tersebut 100 peratus seperti yang dipinta oleh pengantin kerana bimbang akan berdepan dengan masalah hakcipta di kemudian hari.

Sumber TR

'Mereka tukar baju, potong rambut anak saya' - Anak hampir diculik 4 warga asing di pusat beli-belah


"Tak sangka pula saya kan menghadapi perkara ini," demikian kata seorang pengguna Facebook, 'Mama Ida You' yang mendakwa anak perempuannya berusia tiga tahun hampir diculik satu keluarga warga asing dalam kejadian di sebuah pusat beli belah di Johor. 

Menurutnya, kehadiran sekeluarga warga asing itu disedarinya menyebab dia berasa kurang selamat dan terus menggenggam kuat tangan anaknya. 

"Selama ini saya baca saja kes cubaan menculik kanak-kanak ini dan yang terbaru, dua hari lepas di mana negro cuba menculik kanak-kanak di Taman Universiti itu. Tak sangka pula saya akan menghadapi perkara ini. 

"Semasa saya membawa anak saya, Raysha Helena, 3, ke Paradigm Mall, Skudai, semasa saya memilih baju untuk baby Raysha, saya menyedari ada satu keluarga negro bersama dengan dua anak lelaki mereka yang berusia lingkungan belasan tahun berhampiran. 

"Saya terus pegang erat tangan Raysha. Hati gerun juga sebab suami tiada bersama pada waktu itu. Hanya saya dan Raysha sahaja bershopping," tulisnya. 

Bagaimanapun, fokus si ibu terganggu apabila salah seorang daripada keluarga itu tampil bertanya lokasi pengurup  wang, dipercayai sebagai usaha untuk mengalihkan perhatian mangsa, lalu menculik anaknya. 

"Bila saya nak buat pembayaran untuk baju Raysha di kaunter, tiba-tiba saja perempuan negro itu bertanya di mana lokasi Money Changer di dalam Paradigm Mall itu. 

"Sedang saya sibuk menerangkan arah tepat itu, saya tak sedar terlepas tangan baby Raysha. Perempuan negro itu kemudian pergi begitu sahaja dan masa itulah saya teringat pada Raysha. 

"Saya menjerit memanggil nama Raysha dalam kedai baju itu dengan budak-budak kedai baju itu turut membantu mencari anak saya. Hati saya dah meratap sedih, berdoa banyak-banyak dalam hati agar Raysha ditemui," tulisnya 

Setelah beberapa ketika cuba mencari, wanita berkenaan ternampak dua budak lelaki negro bersama keluarganya tadi sedang membawa seorang budak perempuan bersama mereka. 
Hasil pengamatan pada tanda lahir pada kanak-kanak itu, si ibu terus menjerit meminta pertolongan orang ramai untuk menghalang keluarga penculik itu. 

"Allah bantu saya. Saya nampak dua budak lelaki negro itu heret seorang budak perempuan menghala ke lif dan ibu bapa (negro) mereka menunggu di depan lif 

"Budak perempuan yang kena heret itu berambut pendek tetapi Raysha berambut panjang. Siap pakai gown lain dari baju Raysha semasa saya bawa dia keluar. 

"Allah nak tunjuk pada saya. Tiba-tiba dari bawah itu ternampak tompok coklat pada betis belakang dan saya kenal tanda lahir Raysha itu cuma ada satu tompok coklat di bahagian betis kanan. 

"Saya tak tunggu lama. Minta orang halang negro itu bawa anak saya ke arah lif. Budak-budak pekerja kedai baju itu pun tolong juga kejar negro sekeluarga itu.

"Menyedari dikejar, mereka campak Raysha ke tepi dan mereka melarikan diri melalui pintu kecemasan dan exit ke arah tempat letak kereta, tulisnya. 


Namun, ibu kanak-kanak itu kecewa apabila ada seorang lelaki yang menghalang mereka dari terus mengejar suspek.

"Yang bodohnya, siap ada seorang lelaki pula yang menghalang budak-budak itu dari terus mengejar negro terbabit. Siap bagi nasihat suruh istighfar, istiqomah, muhasabah diri dan negara ada undang-undang bagai. 

"Geram pula tengok bangsa sendiri yagn tak nak tolong orang dalam kesusahan. Akhirnya keluarga negro itu terlepas begitu sahaja. 

"Saya peluk Raysha yang dah kena gunting rambut oleh negro terbabit. Saya call suami pada masa itu juga dan suruh datang dan bawa pergi balai untuk buat laporan polis. 

"Aduhai, apalah nak jadi ini. Semakin takut nak bawa anak-anak keluar," tulisnya.

Sumber: Mama Ida You, Andrew Ng Koon Dah
Kredit TR

'Dah beri izin guna barang, sampai berulat rice cooker mak saya' - Gadis kesal, rakan serumah pengotor


Alangkah terkejutnya gadis ini apabila mendapati rice cooker milik ibunya dipenuhi dengan ulat-ulat sampah, selepas diberi keizinan untuk dipinjamkan oleh rakan serumahnya. 

Lebih membuatkannya berasa kesal, tiada seorang pun rakan serumahnya yang mahu bertanggungjawab, menyebabkan dia mengambil keputusan untuk tidak lagi meminjamkan rice cooker itu dan terus disimpan dalam kotak. 

"Inilah yang kau kena hadap kalau duduk rumah sewa dengan orang yang kau tak berapa kenal. 

"Bila dah bagi keizinan boleh guna barang, orang guna barang kau sampai macam ini sekali. Dah guna tapi tak reti jaga elok-elok. Masak nasi tapi tak basuh, sampai ada ulat sampah," tulis Syaza Liyana. 

Menurut Syaza, dia kebiasaannya membeli makanan di luar, tetapi pada hari kejadian ketika dia masuk ke dapur untuk mengambil plastik, terkejut apabila melihat keadaan periuk nasinya itu. 
"Saya memang tak ada masa nak memasak. Selalu beli makanan di luar saja. Kemudian tiba-tiba semalam masuk dapur nak ambil plastik, ulat dah penuh di luar rice cooker.



"Nasib baik ada kakak housemate yang baik tolong cucikan. Jadi, tinggal nak beli buah lemon saja untuk hilangkan bau. Memang simpan rice cooker dalam peti besi selepas ini. 

"Benda-benda putih itu bukan nasi, tetapi ulat sampah. Geli tengok ulat itu mengengsot dan terjatuh dari rice cooker itu. Yang paling best, tiada sesiapa pun yang mengaku. 

"Dah basuh, terus simpan. Malas nak keluarkan. Bagi guna, jadi macam ini pula. Sudahlah rice cooker ini tak pernah digunakan lagi. Bila digunakan untuk kali pertama, jadi macam ini pula. Sudahlah rice cooker ini mama yang punya. 

"Biarlah orang kata kedekut, janji semua barang saya okay," tulisnya.

Sumber TR

Restoran mamak buat hal lagi...

PUTRAJAYA - Walaupun kerap kali tular di media sosial memaparkan isu kebersihan di restoran mamak namun perkara tersebut seperti tiada titik noktahnya.

Pernah pada Mei lalu, tular rakaman video selama 29 saat memaparkan kumpulan pekerja terbabit mencuci pinggan dengan air lopak di Kuala Lumpur.

Dan terbaharu, seorang pelayar facebook, Amer Mohammad tergamam apabila mendakwa melihat perbuatan pekerja restoran tersebut mencampurkan ayam dengan sisa nasi ke dalam tray lauk.

"Tengah order maggie goreng mamak tiba-tiba seorang pekerja pegang seketul ayam dan bersarung tangan plastik datang dari dapur.

"Dia terus letak ayam dalam tray makanan campur ayam lain. Ia benar berlaku di depan mata saya," katanya.

Curiga melihat tindakan pekerja itu, Amer menghampiri tray makanan dan sempat mengambil gambar.

Paparan gambar itu menjadi tular selepas dia memuat naik gambar tersebut hari ini.

Ia kemudian mendapat perhatian netizen yang mengecam perbuatan itu di samping mempertikaikan tahap kebersihan premis berkenaan.

Sumber SH

'Gelas yang pecah itu bukan kali pertama aku kena' - Disihir officemate kerana dengki


Bila timbul rasa tidak puas hati, ada yang sanggup menggunakan ilmu hitam untuk menganiaya orang yang tidak digemari biarpun mereka tahu perbuatan itu salah dan berdosa. Pada golongan ini, apa yang penting ialah kepuasan melihat orang itu dijatuhkan agar dia dapat mengambil alih tempatnya. 

Perkara seperti ini juga berlaku di tempat kerja. Yang menjadi mangsa kebiasaannya adalah kakitangan yang prestasi kerjanya yang cemerlang, hubungan antara rakan pejabat yang akrab, digemari majikan dan selalu dikeliling semua orang. Dalam diam, ada mata yang memerhati dan menyimpan hasad dengki lalu mengambil tindakan yang tidak sepatutnya. 

Oleh itu, sentiasa berhati-hati dan bersederhanalah dalam segala apa jua tindakan kita. Tidak kurang juga, amalkan doa-doa yang melindungi diri dari sebarang anasir jahat dari mereka yang tidak bertanggungjawab. Semoga perkongsian ini bermanfaat. 

PAGI tadi pergi sarapan pagi dengan seorang member di kawasan office dia. Masing-masing sibuk, jadi dah lama kami tak berjumpa. Dari raut wajahnya, dia nampak tengah stress dengan kerja. Biasalah, naik pangkat cepat, dah jadi level boss mestilah pressure lebih. 

Selepas beratur bayar makanan, kami cari tempat duduk. Saya ambil kuih sedikit dan minum air suam sahaja. Member pula ambil nasi goreng dan nescafe tarik, nampak menyelerakan. 

Baru saja kami nak makan, tiba-tiba saja "PRAPPP!!!". Gelas member meletup dan pecah. Habis airnya tumpah di atas meja. Semua orang pandang kami tetapi dia buat relaks saja. Katanya air panas sangat agaknya. Selamba dia bangun dan pesan minuman yang lain. Kemudian dia duduk semula dan sambung makan. 

Saya pada masa itu tak mengesyaki apa-apa. Dalam hati kata, mungkin gelas itu sudah retak dan hanya menunggu masa saja nak pecah. 
Bila sudah selesai makan, kami pun berjalanlah keluar dan masa itulah dia datang dekat dan berbisik. 

"Aku sebenarnya tak faham dengan perangai orang kita. Biasalah, bila kita kerja 'betul' dan tak ada nak kona-kona, tak semua orang suka kita. Tapi nak buat macam mana, dah memang amanah tuhan. Kita kenalah buat yang terbaik dan berserah kepadaNya," dia mula bercerita dengan dahinya yang berkerut dan panjang lebar dia meluahkan perasaan tentang cabaran di tempat kerja dia sekarang. 

"Gelas yang pecah itu, bukan pertama kali aku kena," katanya yang terus membuatkan aku meremang bulu roma.

Dia ada menasihatkan saya, antara salah satu doa yang kita semua patut amalkan setiap kali keluar dari rumah dan paling kurang tiga kali sehari adalah:

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

(Bismillahil Lazi La Yadhurru Ma’as Mihi Shai Un Fil Ardhi Wala Fis Sama I Wahuwas Sami Ul Alim)

Maksudnya:

“Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya sama ada di bumi dan di langit, dan Dialah Maha mendengar dan Maha mengetahui”

Kalau makan di luar, digalakkan amalkan doa itu 7 kali sebelum nak makan diikuti dengan doa makan. InsyaAllah, dilindungi diri kita dan keluarga dari gangguan syaitan dan dengki sesama makhluk.

Ia seperti maksud hadis yang berbunyi:

Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa: “Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui” sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya” (Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan)

Kisah perkongsian ini mungkin satu kebetulan sahaja, namun ia boleh dijadikan pengajaran buat kita semua. Allahu'alam.

Patutlah tadi saya nampak mulut dia terkumat-kamit sebelum makan. Dalam hati, panjang betul doa makan dia. Hahaha!

Sumber: WM Syamzari
Kredit TR