'Dah beri izin guna barang, sampai berulat rice cooker mak saya' - Gadis kesal, rakan serumah pengotor

'Dah beri izin guna barang, sampai berulat rice cooker mak saya' - Gadis kesal, rakan serumah pengotor - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk 'Dah beri izin guna barang, sampai berulat rice cooker mak saya' - Gadis kesal, rakan serumah pengotor, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Masyarakat, Info Media Sosial, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : 'Dah beri izin guna barang, sampai berulat rice cooker mak saya' - Gadis kesal, rakan serumah pengotor
Link Artikel/Video : 'Dah beri izin guna barang, sampai berulat rice cooker mak saya' - Gadis kesal, rakan serumah pengotor

Baca juga


'Dah beri izin guna barang, sampai berulat rice cooker mak saya' - Gadis kesal, rakan serumah pengotor


Alangkah terkejutnya gadis ini apabila mendapati rice cooker milik ibunya dipenuhi dengan ulat-ulat sampah, selepas diberi keizinan untuk dipinjamkan oleh rakan serumahnya. 

Lebih membuatkannya berasa kesal, tiada seorang pun rakan serumahnya yang mahu bertanggungjawab, menyebabkan dia mengambil keputusan untuk tidak lagi meminjamkan rice cooker itu dan terus disimpan dalam kotak. 

"Inilah yang kau kena hadap kalau duduk rumah sewa dengan orang yang kau tak berapa kenal. 

"Bila dah bagi keizinan boleh guna barang, orang guna barang kau sampai macam ini sekali. Dah guna tapi tak reti jaga elok-elok. Masak nasi tapi tak basuh, sampai ada ulat sampah," tulis Syaza Liyana

Menurut Syaza, dia kebiasaannya membeli makanan di luar, tetapi pada hari kejadian ketika dia masuk ke dapur untuk mengambil plastik, terkejut apabila melihat keadaan periuk nasinya itu. 
"Saya memang tak ada masa nak memasak. Selalu beli makanan di luar saja. Kemudian tiba-tiba semalam masuk dapur nak ambil plastik, ulat dah penuh di luar rice cooker.



"Nasib baik ada kakak housemate yang baik tolong cucikan. Jadi, tinggal nak beli buah lemon saja untuk hilangkan bau. Memang simpan rice cooker dalam peti besi selepas ini. 

"Benda-benda putih itu bukan nasi, tetapi ulat sampah. Geli tengok ulat itu mengengsot dan terjatuh dari rice cooker itu. Yang paling best, tiada sesiapa pun yang mengaku. 

"Dah basuh, terus simpan. Malas nak keluarkan. Bagi guna, jadi macam ini pula. Sudahlah rice cooker ini tak pernah digunakan lagi. Bila digunakan untuk kali pertama, jadi macam ini pula. Sudahlah rice cooker ini mama yang punya. 

"Biarlah orang kata kedekut, janji semua barang saya okay," tulisnya.

Sumber TR