Ibu muda menangis selepas hakim doakannya

Ibu muda menangis selepas hakim doakannya - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Ibu muda menangis selepas hakim doakannya, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Ibu muda menangis selepas hakim doakannya
Link Artikel/Video : Ibu muda menangis selepas hakim doakannya

Baca juga


Ibu muda menangis selepas hakim doakannya

SHAH ALAM - Seorang ibu muda menitiskan air mata apabila Mahkamah Tinggi di sini hari ini mendoakan agar dia berubah menjadi baik setelah dijatuhi hukuman penjara 13 tahun akibat menyebabkan kematian dengan niat anak lelakinya, tahun lalu.

Hakim Mohd. Yazid Mustafa memerintahkan hukuman tersebut terhadap tertuduh, Siti Nurraihan Ahmad, 25, dari tarikh dia ditangkap selepas berpuas hati dengan segala hujah keseluruhan pihak pendakwaan dan pembelaan.

Tertuduh pada 10 Ogos lalu mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan yang diberikan kepadanya.

Dalam hujah kehakimannya, Mohd. Yazid menegaskan hukuman tersebut dianggap wajar kepada tertuduh yang masih muda dan mempunyai peluang untuk insaf serta menjadi orang berguna.

"Saya menjatuhi hukuman penjara 13 tahun untuk membolehkan anda yang sebelum ini nakal menjadi seorang baik.

"Ini doa mahkamah di pagi Jumaat ini dan bulan baik (Zulhijjah) dibantu doa daripada ibu bapa anda yang masih hidup supaya hukuman ini menjadi pengajaran," katanya.

Mengikut pertuduhan pilihan, tertuduh didakwa menyebabkan kematian dengan niat terhadap anak ketiganya, Muhammad Aqeel Arfan Abdullah, 4, di sebuah apartmen, Taman Sutera, Hulu Langat pukul 12 tengah malam pada 9 Januari tahun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan denda jika disabitkan kesalahan.

Tertuduh sebelum ini didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh didapati telah memijak perut Muhammad Aqeel sebanyak dua kali iaitu masing-masing pada pukul 6 petang dan 12 tengah malam pada 4 Januari tahun lalu berikutan berang anaknya itu membuat bising.

Tindakan memijak kali kedua itu mengakibatkan mangsa muntah dan kembung perut serta tidak sedar diri sebelum dihantar ke Hospital Kajang bagi mendapatkan rawatan.

Hasil bedah siasat mendapati kematian mangsa akibat jangkitan kuman Klebsiella Peneumonia susulan kebocoran usus.

Siti Nurraihan mempunyai empat orang anak tidak setaraf termasuk Muhammad Aqeel yang masing-masing berusia satu hingga tujuh tahun.

Kesemua anak tersebut dipercayai diperolehi hasil hubungan sulit bersama teman lelakinya sejak berusia 18 tahun dan tidak pernah berkahwin.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Farah Wahida Md. Nor sementara Peguam Diar Isda Yazmin Ismail mewakili tertuduh.

Sumber -K!ONLINE