Suara Siti 'terlekat' ketika dalam kandungan ibu

Suara Siti 'terlekat' ketika dalam kandungan ibu - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Suara Siti 'terlekat' ketika dalam kandungan ibu, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Hiburan, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Suara Siti 'terlekat' ketika dalam kandungan ibu
Link Artikel/Video : Suara Siti 'terlekat' ketika dalam kandungan ibu

Baca juga


Suara Siti 'terlekat' ketika dalam kandungan ibu

“KETIKA ibu mengandungkan saya, dia gemar mendengar lagu Datuk Seri Siti Nurhaliza. Tak sangka suara penyanyi popular negara itu melekat dalam diri ini,” kata Amir Syafiq Mohd Sadri, 19.

Suara remaja yang persis Siti Nurhaliza itu tular di laman sosial dan dikongsi ribuan netizen yang melahirkan rasa kagum selepas menonton video nyayiannya.

Penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Perdana itu berkata, dia tidak sangka video dimuat naik di akaun Twitter milik rakannya tular hingga ibu bapanya terkejut sebaik mengetahui perkara itu.

“Mereka (ibu bapa) tidak sangka suara saya macam Siti Nurhaliza. Sebelum ini ibu dan ayah tahu saya minat menyanyi, tapi tak sangka suara saya macam penyanyi nombor satu negara.

“Ibu dan ayah turut menonton video yang tular, ternyata mereka gembira dan bangga, namun mengingatkan supaya tidak salah guna bakat itu,” katanya, semalam.

Amir Syafiq, kini mengikuti pengajian Diploma Filem, Teater dan Animasi berkata, video berkenaan turut dikritik segelintir netizen.

Namun, dia menerima kritikan itu dengan hati terbuka kerana teguran dibuat berunsur nasihat berikutan ada yang risau dia terpengaruh dengan golongan transgender.

“Alhamdulillah siapa yang puji terima kasih, naluri saya tetap lelaki sejati, tak terfikir pun mahu jadi perempuan.

“Cuma Allah beri saya sedikit kelebihan. Semua yang berlaku ada hikmahnya, tapi ini diri saya yang sebenar bukan dibuat-buat atau cuba meniru suara Siti,” katanya.

Menurutnya, video dirakam rakannya itu tular selepas dimuat naik menerusi Twitter sebelum dikongsi ribuan netizen.

Sumber HM