Gaji tak mahu dibanding sekali ke?

Gaji tak mahu dibanding sekali ke? - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Gaji tak mahu dibanding sekali ke?, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Media Sosial, Info Politik, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Gaji tak mahu dibanding sekali ke?
Link Artikel/Video : Gaji tak mahu dibanding sekali ke?

Baca juga


Gaji tak mahu dibanding sekali ke?

SHAH ALAM - Tindakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), berkongsi info perbandingan harga runcit gula di rantau Asean dan dunia di laman media sosial, menarik perhatian netizen.

Tindakan itu menarik pelbagai komentar oleh para netizen alam maya antaranya turut memandang sinis perkongsian tersebut.

Menurut Low Chin Leong, pendekatan ini seolah-olah sama seperti mana yang digunakan oleh kerajaan BN dahulu.

"Siapa punya idea yang mengikut cara propaganda BN! sekarang Malaysia baharu," katanya.

Dalam pada itu menurut Shaharul Amin, pula dengan sinis berkata kenapa KPDNHEP tidak mengambil pendekatan yang sama untuk turut membuat perbandingan gaji.

"Gaji tak hendak dibandingkan sekali ke? kita tengok la kuasa beli negara yang dibandingkan itu juga, jangan asyik bandingkan harga barang," katanya.

Sementara itu menurut, Fazhirul Che Ruslan pula berkata, "Kalau nak membuat perbandingan, perlu membandingkan dengan purata gaji rakyat sesebuah negara, baru adil," katanya.

Dalam perkongsian info itu antaranya menunjukkan harga gula di Malaysia antara terendah di dunia.

Harga kawalan gula negara turun  10 sen berkuatkuasa 1 September lalu menjadikan harga baru gula pasir kasar RM2.85 dan RM2.95 bagi gula pasir halus.

Sebelum ini, kerajaan BN terdahulu turut menggunakan pendekatan yang sama, iaitu turut berkongsi info dengan mengatakan bahawa harga gula di Malaysia antara terendah di dunia.

Sumber SH