Akan rujuk ustaz jika perlu: Amar Baharin

Akan rujuk ustaz jika perlu: Amar Baharin - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Akan rujuk ustaz jika perlu: Amar Baharin, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Hiburan, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Akan rujuk ustaz jika perlu: Amar Baharin
Link Artikel/Video : Akan rujuk ustaz jika perlu: Amar Baharin

Baca juga


Akan rujuk ustaz jika perlu: Amar Baharin


KEBIASAAN bagi pasangan selebriti yang baharu berkahwin, penerbit akan berlumba-lumba untuk menyatukan mereka di dalam drama, telefilem atau filem.

Namun bagi pasangan romantis, Amar Baharin dan Amyra Rosli, mereka seboleh-bolehnya cuba mengelak untuk digandingkan bersama.

Jelas Amar, mereka berdua mengambil pendirian sebegitu kerana cuba mengelak daripada timbul perkara-perkara yang boleh mendatangkan fitnah.

"Paling kami nak elakkan adalah berlakon sebagai pasangan suami isteri, sebab manalah tahu dalam menghayati watak, ada dialog yang tidak sepatutnya terlepas, lagi-lagi kalau melibatkan babak pergaduhan.

"Tidak dinafikan kadang kala dalam skrip, tapi bila kita terlampau menghayati watak dan emosi, tercakap perkara yang tidak sepatutnya," jelas Amyra ketika ditemui di majlis kempen Ramadan Terima Kasih TV3 & TV9.

Ditanya adakah mereka merujuk perkara ini kepada mereka yang lebih pakar dalam hukum hakam Islam, Amar berkata, mereka hanya mengambil langkah berjaga-jaga.

"Kami belum bertemu mana-mana ustaz dan sebagainya. Tapi sekiranya perlu, kami akan rujuk ustaz.

"Cuma buat masa ini kami hanya mahu ambil langkah berjaga-jaga.

"Lainlah kalau mereka tawarkan kami watak suami isteri yang bahagia dari awal cerita hingga habis, kami mungkin boleh pertimbangkan.

"Tapi buat masa ini, bagi mengelakkan timbul masalah pada masa akan datang, baik kami berlakon berasingan supaya tidak menyusahkan mana-mana pihak," ujarnya.

Sumber SINAR