Raja Perlis murka pada 9 ADUN BN

Raja Perlis murka pada 9 ADUN BN - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Raja Perlis murka pada 9 ADUN BN, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Raja Perlis murka pada 9 ADUN BN
Link Artikel/Video : Raja Perlis murka pada 9 ADUN BN

Baca juga


Raja Perlis murka pada 9 ADUN BN


Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail murka dengan tindakan sembilan wakil rakyat BN tidak hadir pada majlis istiadat dan angkat sumpah menteri besar Perlis, hari ini.

Baginda kecewa kerana semua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) terbabit berada di Perlis ketika jemputan dihantar kepada mereka dua hari lalu, lapor Berita Harian.

"Ini adalah kepentingan sesetengah puak, segan untuk saya sebut nama tetapi tuan-tuan pun tahu siapa.

"Hari ini sebilangan besar mereka tidak hadir.. sebab apa (tidak hadir) saya pun tidak tahu, sedangkan jemputan dibuat dua hari lalu dan mereka masih berada di Perlis ketika itu.

"Sekarang mereka berada di Kuala Lumpur, semalam mereka pergi menaiki kapal terbang... ini berdasarkan laporan yang saya terima," titah baginda pada majlis istiadat dan angkat sumpah Menteri Besar di Istana Arau, pagi tadi.

Sumber MKINI