Buka Umno Untuk Bukan Melayu, Ini Jawapan PADU Ku Li...

Buka Umno Untuk Bukan Melayu, Ini Jawapan PADU Ku Li... - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Buka Umno Untuk Bukan Melayu, Ini Jawapan PADU Ku Li..., kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Buka Umno Untuk Bukan Melayu, Ini Jawapan PADU Ku Li...
Link Artikel/Video : Buka Umno Untuk Bukan Melayu, Ini Jawapan PADU Ku Li...

Baca juga


Buka Umno Untuk Bukan Melayu, Ini Jawapan PADU Ku Li...

Pemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah tidak bersetuju dengan cadangan agar Umno membuka parti itu kepada orang bukan Melayu seperti dikemukakan beberapa pemimpinnya berikutan kekalahan BN pada pilihan raya umum 9 Mei lalu.

Beliau berkata sentimen di peringkat akar umbi sangat kuat agar Umno menjadi sebuah parti eksklusif Melayu.

"Kamu boleh menambah satu atau dua orang bukan Melayu seperti yang dilakukan oleh sesetengah parti dan menjadikannya sebagai parti berbilang kaum, tetapi wajahnya masih tidak berbilang kaum.

"Saya boleh mengatakan bahawa saya seorang yang multiracial kerana saya pernah mempunyai isteri bukan Melayu, tetapi saya tidak multiracial dalam erti kata itu," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di Kuala Lumpur hari ini..

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin sebelum ini mencadangkan agar Umno mempertimbangkan untuk membuka keahliannya kepada semua rakyat Malaysia.

Tengku Razaleigh, yang menyertai Umno selama lebih 60 tahun, bagaimanapun menolak idea itu dari sudut pandang sejarah memandangkan Umno dilahirkan sebagai sebuah parti Melayu.

"Ia dilahirkan seperti itu. Umno dibentuk oleh Perhimpunan Kongres Melayu pada tahun 1946 kerana ancaman terhadap kedaulatan negara," katanya.

Tengku Razaleigh menggambarkan Umno sebagai wira kerana merintis jalan kepada kebangkitan melawan penjajah British.

Beliau berkata cadangan bekas presiden parti itu, Datuk Onn Jaafar agar Umno membuka keahlian kepada orang bukan Melayu turut ditolak, bahkan diminta untuk meninggalkan parti itu.

Secara kebetulan, turut hadir semasa sidang akhbar hari ini adalah cicit kepada allahyarham Datuk Onn, Onn Hafiz Ghazi.

Onn Hafiz merupakan ketua pemuda Umno Sembrong dan ADUN Layang-Layang di Johor.

Sumber Malaysiakini