Rais Yatim bakal jadi Speaker Dewan Rakyat?

Rais Yatim bakal jadi Speaker Dewan Rakyat? - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Rais Yatim bakal jadi Speaker Dewan Rakyat?, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Rais Yatim bakal jadi Speaker Dewan Rakyat?
Link Artikel/Video : Rais Yatim bakal jadi Speaker Dewan Rakyat?

Baca juga


Rais Yatim bakal jadi Speaker Dewan Rakyat?


KUALA LUMPUR – Sidang Dewan Rakyat Parlimen ke-14 yang dijadualkan pada 16 Julai depan pastinya menjadi tumpuan apabila Kerajaan Pakatan Harapan (PH)  buat pertama kalinya akan mengambil tempat di sebelah kanan Dewan Rakyat sebagai kerajaan.

Bukan itu sahaja, kerusi Yang Dipertua Dewan Rakyat kali ini turut menjadi fokus.

Pemerhati politik tempatan, Mohd Sayuti Omar menjangkakan bekas veteran UMNO, Tan Sri Rais Yatim bakal menduduki kerusi berkenaan.

“Penyertaan Rasi Yatim itu seakan mengiyakan gambaran yang saya berikan sebelum ini yang Rais Yatim akan dilantik menjadi Yang Dipertua Dewan Rakyat,” tulis beliau dalam Facebooknya.

Jangkaan itu semakin menjadi kenyataan apabila bekas menteri itu menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) minggu lalu.

Penyertaan Rais ke dalam PPBM dilihat mendapat restu Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad apabila beliau sendiri yang menyerahkan kad keahliannya pada Majlis Berbuka Puasa part itu pada 4 Jun lalu di Putrajaya.

Speaker Dewan Rakyat sebelum ini disandang oleh Tan Sri Pandikar Amin Mulia di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN).

Untuk rekod, Dewan Rakyat akan diadakan serentak dengan Dewan Negara bermula 16 Julai depan selama 20 hari.

Antara yang akan menjadi perhatian kerajaan PH adalah memansuhkan Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang kini di paras sifar peratus.

GST diperkenalkan BN pada 1 April 2015 pada kadar 6 peratus.

Kerajaan juga akan memansuhkan akta-akta lain, antaranya Akta Antiberita Tidak Benar yang dilihat tidak menjadi kepentingan rakyat.

Sumber – MalaysiaGazette