Dilantik Menteri Belia & Sukan? Ini Komen MENGEJUTKAN Syed Saddiq!

Dilantik Menteri Belia & Sukan? Ini Komen MENGEJUTKAN Syed Saddiq! - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Dilantik Menteri Belia & Sukan? Ini Komen MENGEJUTKAN Syed Saddiq!, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Dilantik Menteri Belia & Sukan? Ini Komen MENGEJUTKAN Syed Saddiq!
Link Artikel/Video : Dilantik Menteri Belia & Sukan? Ini Komen MENGEJUTKAN Syed Saddiq!

Baca juga


Dilantik Menteri Belia & Sukan? Ini Komen MENGEJUTKAN Syed Saddiq!


Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abd Rahman yang dikatakan akan dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan turut enggan mengulas mengenai senarai menteri tambahan berkenaan.

Syed Saddiq berkata, beliau tidak layak untuk memberi sebarang kenyataan berikutan Perdana Menteri belum membuat pengumuman rasmi.

"Saya minta maaf, saya tidak dapat komen lanjut. Tunggu pengumuman rasmi dan kemudian barulah saya akan beri kenyataan lanjut. I'm so sorry," katanya.

Dalam pada itu, pada sidang media semalam, Dr Mahathir mengesahkan baki senarai nama Kabinet kerajaan sudah dimuktamadkan dan hanya menunggu masa untuk diumumkan pada upacara mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong.

Pada masa ini, beberapa portfolio penting termasuk Menteri Luar yang masih kosong selain tiada timbalan menteri dinamakan.

Sebelum ini, Dr Mahathir juga dilaporkan berkata pentadbirannya tidak akan memiliki lebih daripada 30 kementerian.

Sementara itu, Istana Negara dalam kenyataannya malam tadi memaklumkan bahawa istiadat mengangkat sumpah baki barisan Kabinet akan berlangsung di Istana Negara, pada 2 Julai ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, berkata Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V sudah menerima senarai nama Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet pada 20 Jun lalu.

"Senarai nama Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet itu diperkenankan Yang di-Pertuan Agong dan dikembalikan kepada Pejabat Perdana Menteri, pada 22 Jun lalu.

"Pihak istana ingin memaklumkan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet akan diadakan pada 2 Julai di Istana Negara," katanya.

Sumber BH