Tuhan gerakkan hati saya tanding Presiden

Tuhan gerakkan hati saya tanding Presiden - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Tuhan gerakkan hati saya tanding Presiden, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Tuhan gerakkan hati saya tanding Presiden
Link Artikel/Video : Tuhan gerakkan hati saya tanding Presiden

Baca juga


Tuhan gerakkan hati saya tanding Presiden

PETALING JAYA: "Saya bertanding (jawatan Presiden UMNO) untuk menang, bukan untuk menangkan orang lain," demikian kata Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaludin Abu Bakar.

Nada tegas bekas Ketua Pemuda UMNO itu menutup spekulasi kononnya penyertaan beliau dalam pemilihan jawatan presiden parti Sabtu ini, sekadar bermotifkan untuk memecah undi.

Beliau turut menafikan dakwaan membentuk pakatan dengan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dalam pertandingan merebut jawatan tertinggi parti itu.

"Saya tiada konspirasi dengan sesiapa untuk jawatan Presiden. Saya tidak bertanding untuk membantu pesaing lain menang dalam pemilihan parti atau memecah undi.

"Saya menawarkan diri sebagai calon kerana mahu menang. Saya mahu membawa perubahan dalam parti kerana UMNO perlu melakukan perubahan besar untuk jangka panjang, bukannya perubahan jangka pendek seperti kosmetik yang bersifat sementara," katanya dalam temu bual eksklusif bersama NSTP di sini, semalam..

Khairy akan bersaing merebut jawatan Presiden UMNO bersama Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan Ahmad Zahid, selain dua lagi calon iaitu Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Mohamed Iqbal Maricair dan Mohd Yusof Musa @ Jamaludin daripada UMNO Bahagian Iskandar Puteri.

Ditanya kenapa memilih jawatan Presiden UMNO, Khairy mengakui keputusan itu sebagai ilham selepas Tuhan menggerakkan hatinya.

"Tuhan menggerakkan hati saya bertanding untuk membawa perubahan...tidak hanya untuk tempoh sepenggal, tetapi untuk jangka panjang.

"Saya tidak boleh buat keputusan atau nafikan ketentuan Tuhan untuk berubah hati. Ketentuan Tuhan lebih besar dan mengatasi dorongan sesama manusia.

"Saya rasa ini adalah masa yang tepat untuk membawa perubahan dalam UMNO dan itulah sebabnya saya menawarkan diri bertanding (jawatan Presiden UMNO) dalam pemilihan parti," katanya.

Sementara itu, Khairy ketika Pembentangan 6 Manifesto Bahagian Ke-2 menerusi pautan Facebook Live semalam berkata, penurunan kuasa UMNO pusat antara usul yang akan dilaksana bagi mengurangkan kuasa Presiden dan ahli Majlis Tertinggi (MT) dalam pentadbiran parti, sekali gus memperkasakan pentadbiran peringkat negeri dan bahagian secara lebih efektif.

Selain itu, katanya sistem petisyen akan turut diperkenalkan bagi memudahkan suara akar umbi didengari pucuk pimpinan parti, manakala aplikasi penilaian prestasi Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) akan dilaksanakan secara digital supaya maklum balas rakyat dapat didengari secara telus dan terus.

"Kedudukan istimewa orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan akan terus dipertahankan. Ini termasuk isu berkaitan tanah, jawatan kerajaan, peruntukan biasiswa, bantuan ekonomi dan pendidikan untuk orang Melayu, selain mempertahankan bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Malaysia, sebagai bahasa rasmi kerajaan.

"Tidak tertumpu kepada hak orang Melayu semata-mata, kita turut meraikan kepelbagaian hak yang termaktub untuk bangsa lain," katanya.

Menyentuh langkah pembaharuan, Khairy berkata aset milikan UMNO juga akan dinilai semula supaya parti dapat menjana pendapatan yang boleh digunakan bagi menampung kos pentadbiran bahagian.

Sumber BH