'Jangan cemas, siasatan 1MDB tiada kaitan dengan Umno'

'Jangan cemas, siasatan 1MDB tiada kaitan dengan Umno' - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk 'Jangan cemas, siasatan 1MDB tiada kaitan dengan Umno', kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : 'Jangan cemas, siasatan 1MDB tiada kaitan dengan Umno'
Link Artikel/Video : 'Jangan cemas, siasatan 1MDB tiada kaitan dengan Umno'

Baca juga


'Jangan cemas, siasatan 1MDB tiada kaitan dengan Umno'


Umno tiada sebab untuk berasa cemas dengan siasatan 1MDB kerana ia tiada kaitan dengan parti itu, kata ketua penerangannya Tan Sri Annuar Musa.

"Jangan keliru, Umno adalah parti politik. Kita tiada kaitan dengan 1MDB," katanya kepada Malaysiakini ketika ditemui di PWTC, Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata, Umno tidak tahu apa yang berlaku dalam 1MDB dan tidak pernah diberi penerangan tentang sebarang urus niaga oleh syarikat milik negara itu.

Beliau diminta mengulas laporan The Malaysian Insight yang memetik sumber mendakwa badan penguatkuasa menyiasat kira-kira 1,000 individu, termasuk ahli politik, yang disyaki menerima bayaran dengan dana 1MDB.

Laporan itu berkata antara yang disiasat ialah bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, ahli keluarga Najib, ahli politik BN, pegawai kanan kerajaan, ahli perniagaan dan peguam.

Ditanya berkenaan laporan itu, Annuar berkata: "Ia mengejutkan kerana jumlahnya begitu besar. Tapi kita tak boleh kata percaya (laporan itu) atau tidak. Saya juga nak tahu.

"Biar proses siasatan diteruskan dan kedaulatan undang-undang ditegakkan."

Sementara itu, bekas menteri kewangan kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata beliau terkejut dengan jumlah mereka yang disiasat.

"Jika betul apa yang dinyatakan dalam laporan itu, saya pasti orang ramai nak tahu.

"Jumlah 1,000 yang disiasat ini perkara baru buat saya. Tetapi satu perkara yang pasti, saya boleh jamin, nama say tak termasuk," katanya yang bertanding kerusi naib presiden bagi pemilihan Umno kali ini.

Sumber MK