Zahid kecam kerajaan PH, harga makanan tak berubah kecuali tomato...

Zahid kecam kerajaan PH, harga makanan tak berubah kecuali tomato... - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Zahid kecam kerajaan PH, harga makanan tak berubah kecuali tomato..., kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Zahid kecam kerajaan PH, harga makanan tak berubah kecuali tomato...
Link Artikel/Video : Zahid kecam kerajaan PH, harga makanan tak berubah kecuali tomato...

Baca juga


Zahid kecam kerajaan PH, harga makanan tak berubah kecuali tomato...


Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, jika dipilih sebagai Presiden UMNO beliau akan berusaha sebaik mungkin untuk menjaga parti berkenaan supaya dapat membentuk kerajaan semula.

Menurut Pemangku Presiden UMNO itu, dengan keadaan parti-parti di dalam Pakatan Harapan dikatakan sedang bergoyang, usaha itu boleh ilakukan.

“Pembentukan kerajaan ini bukan saja kita kena tunggu sampai PRU ke-15.

“InsyaAllah, kita tahu sebelah sana (PH) ada goyang sana ada goyang sini, retak sana retak sini.

“Siapa yang retak pun sedang cari UMNO (sebab) kita parti tunggal yang besar,” katanya pada majlis sambutan Aidilfitri UMNO Wilayah Persekutuan di PWTC hari ini.

Zahid antara calon Presiden UMNO selain Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dan bekas Ketua Pemuda umno, Khairy Jamaludin.

Beliau dalam masa sama turut mengecam kerajaan PH kerana gagal menurunkan harga barang seperti didakwa mereka sebelum ini.

Katanya harga barang makanan tidak berubah kecuali harga tomato.

“Mereka mahu melaksanakan kadar sifar untuk cukai barangan dan perkhidmatan dan mendakwa, di sesetengah negeri harga barang turun antara 30 peratus hingga 50 peratus.

“(Sebaliknya) harga barang-barang itu naik atau kekal (tidak turun),” katanya merujuk kepada kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub baru-baru ini.

Katanya lagi, ramai orang terutama kakitangan kerajaan yang dilantik secara kontrak juga bertemu dengan beliau untuk menyatakan kekesalan kerana mengundi PH.

Sumber BNBBC