Kaki, tangan Zulfarhan diikat sebelum ditekap seterika - saksi lakon semula detik sayu

Kaki, tangan Zulfarhan diikat sebelum ditekap seterika - saksi lakon semula detik sayu - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Kaki, tangan Zulfarhan diikat sebelum ditekap seterika - saksi lakon semula detik sayu, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Kaki, tangan Zulfarhan diikat sebelum ditekap seterika - saksi lakon semula detik sayu
Link Artikel/Video : Kaki, tangan Zulfarhan diikat sebelum ditekap seterika - saksi lakon semula detik sayu

Baca juga


Kaki, tangan Zulfarhan diikat sebelum ditekap seterika - saksi lakon semula detik sayu

Suasana sayu menyelubungi bilik bicara Mahkamah Tinggi yang mendengar kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain apabila seorang saksi menjerit, melakonkan semula detik Zulfarhan Osman ditekap seterika dengan kaki dan tangannya diikat oleh rakan-rakan seuniversitinya, tahun lalu.

“Tolong!!!!! Panas!!!!!,” jerit Ahmad Senabil Mohamad, 22, penuntut tahun tiga jurusan Pengurusan Sumber Manusia Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM), sambil berdiri di kandang saksi selepas diminta Timbalan Pendakwa Raya Othman Abdullah untuk melakonkan detik itu pada prosiding perbicaraan hari ke-12, semalam.

Ahmad Senabil merupakan individu yang melihat Zulfarhan Osman ditekap dengan seterika wap di dalam bilik 4-10, asrama penginapan UPNM antara jam 4 pagi dan 6 pagi, 22 Mei 2017.

Terdengar istighfar ‘Allahuakhbar’, ‘astaghfirullah’ dari galeri awam yang dipenuhi keluarga mangsa, keluarga tertuduh, pihak media dan orang awam yang mengikuti prosiding perbicaraan itu.

Ibu Zulfarhan Osman juga kelihatan tidak mampu menahan sebak dan menangis mendengar jeritan itu.

Mengimbas kejadian itu, saksi pendakwaan ke-24 yang merupakan penghuni bilik 3-06, iaitu rakan sebilik Zulfarhan Osman berkata dia telah pergi ke bilik 4-10 tersebut pada kira-kira 12 tengah malam berkait kes kecurian komputer riba yang dikatakan membabitkan Zulfarhan Osman.

Di bilik itu, Abdoul Hakeem Mohd Ali, yang merupakan tertuduh keenam telah bertanyakan beberapa soalan kepada Zulfarhan Osman namun mangsa dikatakan memutar belit jawapan menyebabkan Abdoul Hakeem terus menumbuk perut mangsa sebanyak dua kali diikuti seorang lagi tertuduh iaitu Muhamad Danial Firdaus Azmir.

Ahmad Senabil berkata Abdoul Hakeem kemudian menyuruh Zulfarhan Osman membuka seluar dan terus menyambung memukul mangsa sebelum tidak lama kemudian lebih dari 10 individu lagi masuk ke bilik itu.

Saksi itu berkata selain memukul menumbuk dan menendang mangsa yang ketika itu hanya memakai seluar pendek ‘boxer’, Abdoul Hakeem turut memukul menggunakan penyangkut baju manakala Danial Firdaus menggunakan batang penyodok sampah.

Katanya ketika dipukul, Zulfarhan Osman memberitahu dia tidak mengambil komputer riba itu namun Abdoul Hakeem dan Danial Firdaus terus memukul mangsa.

Enam penuntut UPNM iaitu Muhammad Akmal Zuhairi, Muhammad Azamuddin, Muhammad Najib, Muhammad Afif Najmudin, Mohamad Shobirin dan Abdoul Hakeem mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan membunuh dan bersubahat membunuh Zulfarhan Osman di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara 4.45 pagi dan 5.45 pagi, 22 Mei 2017.

Pertuduhan terhadap mereka, yang kesemuanya berusia 22 tahun, dibuat mengikut Seksyen 302 dan 109 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mereka bersama 13 lagi penuntut lain turut didakwa atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan cedera terhadap mang­sa bagi maksud hendak memerasnya untuk mendapatkan pengakuan mencuri komputer riba, mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntuk hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung 16 Ogos.

- Bernama
Sumber MK