WIN! Mahathir BIDAS dakwaan Najib isu 'orang Mahathir' ambil RM10 juta untuk PRU13

WIN! Mahathir BIDAS dakwaan Najib isu 'orang Mahathir' ambil RM10 juta untuk PRU13 - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk WIN! Mahathir BIDAS dakwaan Najib isu 'orang Mahathir' ambil RM10 juta untuk PRU13, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : WIN! Mahathir BIDAS dakwaan Najib isu 'orang Mahathir' ambil RM10 juta untuk PRU13
Link Artikel/Video : WIN! Mahathir BIDAS dakwaan Najib isu 'orang Mahathir' ambil RM10 juta untuk PRU13

Baca juga


WIN! Mahathir BIDAS dakwaan Najib isu 'orang Mahathir' ambil RM10 juta untuk PRU13

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mahu Datuk Seri Najib Tun Razak membuktikan dakwaan ‘orang Mahathir’ menerima RM10 juta daripada beliau.

“Tunjuk bukti, minta dia tunjuk bukti,” katanya selepas berucap di program Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Perniagaan Amerika-Malaysia hari ini, lapor Malaysiakini.

Semalam, dalam wawancara dengan portal tersebut, Najib mendakwa salah seorang ‘orang Mahathir’ pernah mengambil wang tunai sejumlah RM10 juta daripadanya untuk kegunaan PRU13.

Beliau menggambarkan bahawa ‘orang’ itu sebagai seorang ‘pembantu’ yang sangat dipercayai Mahathir.

Najib mendakwa, duit berkenaan diambil di kediamannya di Jalan Langgak Duta.

Walaupun Najib mendedahkan nama individu berkenaan yang merupakan bekas perenang negara namun menurut Malaysiakini tidak menamakannya sehingga beliau dapat dihubungi.

“Niatnya cukup jelas. Mereka tahu apabila anda bertanding pilihan raya, anda perlu ada tunai. Pembangkang juga tahu mengenai perkara itu. Mereka juga ada tunai.

“Saya tahu perkara ini bukan sesuatu yang diketahui umum oleh orang awam tetapi ia bukan perkara yang pelik.

“Ia telah pun berlaku pada masa lalu dan jika kita mengubah undang-undang dan peraturan mengenai pembiayaan dana pilihan raya, ia tetap akan berlaku,” katanya.

Sumber SH