Zahid Akhirnya Buka Mulut Isu SPRM Beku Akaun Bank UMNO, Tengok Ni!

Zahid Akhirnya Buka Mulut Isu SPRM Beku Akaun Bank UMNO, Tengok Ni! - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Zahid Akhirnya Buka Mulut Isu SPRM Beku Akaun Bank UMNO, Tengok Ni!, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Zahid Akhirnya Buka Mulut Isu SPRM Beku Akaun Bank UMNO, Tengok Ni!
Link Artikel/Video : Zahid Akhirnya Buka Mulut Isu SPRM Beku Akaun Bank UMNO, Tengok Ni!

Baca juga


Zahid Akhirnya Buka Mulut Isu SPRM Beku Akaun Bank UMNO, Tengok Ni!

Naib Presiden Umno yang menjalankan tugas-tugas presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau akan berusaha membuktikan wang yang dimiliki Umno adalah sah dan tidak terbabit dalam sebarang kegiatan pengubahan wang haram.

Ahmad Zahid yang menjalankan tugas-tugas presiden berkata Umno akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pembekuan akaun bank ibu pejabat Umno dan akaun lain.

“Selagi memimpin Umno, saya akan menentang dan tidak akan membenarkan mana-mana pihak membuat ugutan dan melakukan diskriminasi terhadap Umno. Ugutan dan penderaan politik bukan cara untuk mentadbir negara oleh mana-mana kerajaan di sebuah negara demokrasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru beliau berharap semua anggota Umno akan bersama-sama beliau dalam memastikan parti itu terus wujud dan menentang sebarang usaha melumpuhkannya.

Beliau turut memberi jaminan sekiranya dipilih sebagai presiden parti pada pemilihan Sabtu ini, Umno akan bangkit sebagai sebuah parti Melayu dan bumiputera yang memperjuangkan kepentingan rakyat dan negara.

Terdahulu hari ini pada satu majlis di Johor Bahru, Ahmad Zahid mendakwa SPRM telah membekukan akaun Umno pusat.

- Bernama
Sumber MK