Akhirnya! KJ Buka Mulut Komen Isu Harta Rampasan Bernilai 1.1Bilion

Akhirnya! KJ Buka Mulut Komen Isu Harta Rampasan Bernilai 1.1Bilion - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Akhirnya! KJ Buka Mulut Komen Isu Harta Rampasan Bernilai 1.1Bilion, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Akhirnya! KJ Buka Mulut Komen Isu Harta Rampasan Bernilai 1.1Bilion
Link Artikel/Video : Akhirnya! KJ Buka Mulut Komen Isu Harta Rampasan Bernilai 1.1Bilion

Baca juga


Akhirnya! KJ Buka Mulut Komen Isu Harta Rampasan Bernilai 1.1Bilion

SETIU - ”Siasatan mesti diteruskan, jadi siapa tuan punya barang itu mestilah jawab kepada pihak berkuasa,” kata calon Presiden UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berhubung barangan rampasan yang bernilai antara RM900 juta hingga RM1.1 bilion di kediaman berkaitan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, kes tersebut masih dibawah siasatan pihak berkuasa dan tidak seharusnya kenyataan bersifat kecaman dilemparkan kepada mana-mana individu.

“Kalau betul itu adalah harta beliau (Najib), beliau kena jawab lah. Jika didapati bersalah maka harus dihadapkan ke muka pengadilan kerana kita tidak akan melindungi sesiapa yang melakukan kesalahan.

“Apa pun kita tidak boleh mendahului siasatan dengan mengeluarkan kenyataan yang mengecam sesiapa sebab apa yang kita tahu hanyalah nilai rampasan. Kita tidak mengetahui macam mana, siapa punya dan sebagainya,” katanya.

Khairy Jamaluddin ditemui pada majlis Minum Petang dan Ramah Mesra Bersama Calon Presiden UMNO di Sutra Beach Resort, Merang di sini hari ini.

Mengulas lanjut, bekas Menteri Belia dan Sukan itu berkata, UMNO hanya boleh menyatakan pendirian jika kes berkenaan sudah didakwa di mahkamah.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh memberitahu keseluruhan barangan yang dirampas di kediaman berkaitan Najib bernilai antara RM900 juta hingga RM1.1 bilion.

Barangan rampasan itu diambil dari enam premis iaitu di Kompleks Seri Perdana dan Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, tiga di Pavilion Residences dan satu di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur.

Sumber- K! ONLINE