Rampasan Bernilai 1.1Bilion, Ini Respons Mengejutkan KJ! Baca Sendiri...

Rampasan Bernilai 1.1Bilion, Ini Respons Mengejutkan KJ! Baca Sendiri... - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Rampasan Bernilai 1.1Bilion, Ini Respons Mengejutkan KJ! Baca Sendiri..., kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Rampasan Bernilai 1.1Bilion, Ini Respons Mengejutkan KJ! Baca Sendiri...
Link Artikel/Video : Rampasan Bernilai 1.1Bilion, Ini Respons Mengejutkan KJ! Baca Sendiri...

Baca juga


Rampasan Bernilai 1.1Bilion, Ini Respons Mengejutkan KJ! Baca Sendiri...

SETIU: Calon Presiden UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menegaskan siasatan terhadap harta rampasan yang dikatakan dibuat terhadap kediaman bekas Presidennya, Datuk Seri Najib Razak, mesti diteruskan.

Bagaimanapun, beliau berkata, parti itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan semua barang rampasan berkenaan yang bernilai hampir RM1.1 bilion.

Jelasnya, UMNO juga tidak tahu menahu mengenai semua harta itu dan menganggapnya barangan peribadi.

"Harta terbabit dikatakan dirampas dari rumah bekas Presiden UMNO. Jika betul ia adalah harta beliau, maka beliau perlu menjawab kepada pihak berkuasa.

"Bagaimanapun, kita tidak boleh mendahului siasatan dan mengeluarkan kenyataan yang mengecam sesiapa kerana kita hanya tahu nilai harta itu namun tidak mengetahui bagaimana dan siapa punya," katanya ketika ditemui selepas bertemu perwakilan UMNO Setiu, di sini, hari ini.

Khairy berkata, UMNO hanya akan menyatakan pendirian terhadap perkara itu apabila ia didedahkan di mahkamah kelak.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu turut mengatakan bahawa parti tidak sesekali melindungi sesiapa yang melakukan kesalahan, namun tidak mahu mendahului siasatan polis.

"Biarlah polis menyelesaikan siasatan terlebih dahulu dengan syarat ia mestilah mengikut proses undang-undang dan UMNO tidak akan melindungi sesiapa," katanya.

Bukit Aman hari ini mendedahkan nilai barangan yang dirampas di kediaman berkaitan bekas Perdana Menteri bernilai antara RM900 juta hingga RM1.1 bilion.

Antara barangan dirampas adalah 12,000 pelbagai barang kemas yang ditemui dalam 25 daripada 72 beg yang dirampas polis.

Antara barang kemas itu ialah cincin, berlian, gelang dan subang yang keseluruhannya dengan nilai pasaran kira-kira RM880 juta.

Sumber BH