Perkhidmatan 859 ketua kampung di Perak ditamatkan selepas raya

Perkhidmatan 859 ketua kampung di Perak ditamatkan selepas raya - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Perkhidmatan 859 ketua kampung di Perak ditamatkan selepas raya, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Perkhidmatan 859 ketua kampung di Perak ditamatkan selepas raya
Link Artikel/Video : Perkhidmatan 859 ketua kampung di Perak ditamatkan selepas raya

Baca juga


Perkhidmatan 859 ketua kampung di Perak ditamatkan selepas raya

IPOH - Seramai 859 ketua kampung di Perak akan ditamatkan perkhidmatan pada 30 Jun ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Industri, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan, Asmuni Awi.

Beliau berkata, pelantikan ketua kampung yang baharu akan diisi mulai 1 Julai depan bagi memastikan urusan pentadbiran berjalan dengan lancar.

"Proses (pelantikan) itu sedang berjalan, kami akan isi kekosongan mengikut tahap penyelesaiannya yang sudah selesai boleh terus isi yang belum kami akan selesaikan dalam masa terdekat.

"Sama ada mereka akan dipilih semula atau tidak itu bergantung kepada cadangan dari peringkat kawasan melalui penghulu dan pejabat daerah serta peringkat parti mungkin ada yang kekal sekiranya mereka boleh bekerjasama dengan kerajaan baharu," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada 50 asnaf di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Manjoi di Rumah Amanah Chemor di sini hari ini. - Bernama

Sumber Kosmo